Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang menjadi amat bermakna pada tahun ini kerana ia bermula di Melaka.
Beliau berkata ini memandangkan negeri berkenaan pernah menyaksikan Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj mengumumkan tarikh kemerdekaan negara.
Beliau berkata untuk itu, Melaka dipilih sebagai lokasi Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, esok.
"Melaka jadi tempat pilihan kita kerana kalau ingat kembali sejarah Tunku Abdul Rahman, bila kembali (ke tanah air daripada London) dengan berita kita akan capai kemerdekaan, (diumumkan tarikhnya) di Melaka. Ini pentingnya kita pilih Melaka tempat kita lancar Bulan Kebangsaan dan kempen Jalur Gemilang tahun ini, dan ia amat bermakna untuk kita mulakan acara Bulan Kebangsaan ini di Melaka," katanya di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meluangkan masa selama kira-kira lebih satu jam bagi meninjau persiapan sambutan pelancaran itu yang akan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Roselindawati Abdul Rahman.
Mengenai persiapan pelancaran, Gobind yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 menzahirkan rasa berpuas hati dan menyifatkan 3 Ogos merupakan hari yang penting buat semua.
"Semua berjalan lancar di mana kita akan lancar kempen Jalur Gemilang dan ini satu permulaan sambutan Bulan Kebangsaan, dan selepas ini kita adakan acara sambutan kemerdekaan kita pada 31 Ogos di Putrajaya dan 16 Sept iaitu Hari Malaysia di Kuching, Sarawak.
"Esok (3 Ogos) permulaan rai bulan kebangsaan. Saya sangat berpuas hati dan saya lihat banyak yang telah dilaksanakan dan saya ucap terima kasih pada semua yang jayakan projek ini," katanya.
Gobind dalam pada itu menyeru orang ramai supaya hadir bersama-sama meraikan majlis pelancaran berkenaan hari ini.
"Saya minta seluruh rakyat Malaysia di kawasan Melaka dan sekitar, yang dekat jauh, ayuh kita bersama-sama menjayakan acara ini," katanya sambil menyasarkan kehadiran lebih 10,000 pengunjung.
Sementara itu, Gobind ketika ditanya mengenai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' semasa berlintas langsung bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini berkata: "kita mengatakan ini adalah Malaysia Baharu dan satu lagi perkara yang kita beri penekanan adalah bagaimana kita pastikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih daripada rasuah."
"Dalam satu tahun yang pertama, kita lihat bagaimana kita telah melaksanakan beberapa perkara yang penting, yang menunjukan bahawa kami komited kepada yang disebut sebagai Malaysia Bersih. Jadi semua ahli-ahli Parlimen misalnya mempromosi deklarasi berkenaan, kemudian kes-kes dikatakan berlakunya rasuah dan sebagainya tindakan telah pun diambil.
"Ia sangat penting kalau kita ingin wujudkan satu Malaysia yang baharu ... saya rasa soal integriti sangat penting," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 02 2019

Gobind (tengah) mengibarkan Jalur Gemilang ketika menghadiri Raptai Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di sini malam tadi. - fotoBERNAMA

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.

Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.

Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.