PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan di Dataran Putrajaya, di sini hari ini disifatkan sebagai berjaya dan luar biasa, memperlihatkan perpaduan kaum di negara ini.
Bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", sambutan yang bermula secara rasmi pukul 8 pagi itu dihadiri lautan manusia, dengan lebih 100,000 pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan umur yang mula berkumpul seawal 1 pagi lagi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui Bernama berkata sambutan Hari Kebangsaan ke-66 ini hebat dan luar biasa.
"Terbaik, sambutan (Hari Kebangsaan) amat baik dan luar biasa daripada semua pihak," katanya ringkas.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memuji setiap persembahan dipamerkan pada sambutan tanggal bersejarah, genap 66 tahun negara mencapai kemerdekaan hari ini.
"Alhamdulillah persembahan sambutan ini memang berjaya dan perlihat perpaduan semua," katanya.
Antara persembahan menarik adalah segmen cabaran dan ketangkasan yang mengetengahkan kemahiran anggota pasukan 69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan aksi terjun tepat dari ketinggian 4,000 meter.
Selain itu, sejumlah 50 aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menguasai ruang udara Putrajaya pada pertunjukan yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia antaranya pesawat pejuang Sukhoi Su-30MKM, F/A-18D Hornet dan BAE Hawk, pesawat pengangkut A400M dan C130 Hercules termasuk helikopter Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah yang pertama dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kali kelima Putrajaya menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan. Putrajaya pernah menjadi tuan rumah pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 31 2023
![Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia - TPM Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa, perlihat perpaduan kaum di Malaysia - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693458544_TBMalaysiaMADANI.jpg)
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya adalah yang pertama dibawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama
Persiapan pentas akhir Gegar Vaganza
Pentas akhir Gegar Vaganza kini tinggal sehari sahaja dan persiapan rapi sedang giat dijalankan.
![PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735575444_NikRosAzhanNikAb.jpg)
PGA gagalkan cubaan seludup 80 pokok bonzai kayu hitam
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 80 pokok bonzai kayu hitam di Jalan Kasban, hadapan Pos Pok Teh Kana, Rantau Panjang, menerusi Op Taring Wawasan pada Khamis.
Kementerian ekonomi perlu masa, data perlu tepat
Kerajaan tidak mahu terburu-buru dalam memuktamadkan tangga pendapatan bagi klasifikasi T15.
Statistik pembuangan sisa Malaysia
Sumber: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Majlis Keselamatan Negara (MKN) & SWM Environment.
[TERKINI] Sultan Selangor tidak setuju wujud garis panduan
Sultan Selangor pendirian tegas tidak bersetuju cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di Selangor.
Jangan hina rezeki tong sampah
Bapa yang juga OKU kepada tiga anak, sanggup dipandang hina mencari sisa di tong sampah demi kelangsungan hidup sekeluarga.
Pengguna lebuh raya sambut baik larangan kenderaan berat waktu puncak
Pengguna jalan raya termasuk pemandu lori menyambut baik pelaksanaan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini.
Penduduk ambil keputusan berpindah, enggan tanggung risiko
Kediaman yang diduduki sejak enam tahun lalu itu juga berada hampir dengan lereng bukit dan sudah menunjukkan tanda rekahan baharu di lantai dan dinding rumah
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di PPS kembali meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 4 petang.
![Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Azalina menjelaskan kenyataan Ahmad Zahid merujuk kepada pendirian Ahli Parlimen blok BN berhubung isu gag order, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 36(2).
![Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81725086273_TBHariKebangsaan.jpg)
Lebih 100,000 warnai sambutan Hari Kebangsaan 2024 - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar dengan lebih 100,000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725086159_CuciRasuah.jpg)
PM Anwar puji persembahan tarian 'cuci rasuah', sifatkan sebagai persembahan terbaik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sifatkan tarian 'Cuci Rasuah' yang dipersembahkan pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, sebagai yang terbaik.
![Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725079687_TBHariKebangsaan.jpg)
Pelajar teruja dapat peluang beraksi pada sambutan Hari Kebangsaan 2024
Peluang menyertai persembahan Hari Kebangsaan 2024 menjadi pengalaman istimewa buat pelajar tingkatan empat Ong Zhen Ming walaupun perlu berlatih selama lima minggu.
![Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724908635_TBmerdeka.jpg)
Persiapan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 berjalan lancar - Fahmi
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang akan diadakan di Dataran Putrajaya Sabtu ini dijangka berjalan lancar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674946810_PengerusiUMNOPerak.jpg)
Ribut: Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Perak diteruskan esok - MB
Sambutan akan diteruskan esok walaupun terdapat kerosakan serius akibat kejadian ribut petang tadi.
![Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41661953539_TBDRONEJAMMER.jpg)
Hari Kebangsaan 2022: Pengawal keselamatan disiasat terbangkan dron
Seorang pengawal keselamatan disiasat selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka,hari ini.
![Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661704967_MIPP.jpg)
Orang ramai dilarang terbangkan dron pada sambutan Hari Kebangsaan 2022
Orang ramai dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa bagi memastikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini dapat diraikan dengan selamat.
![Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/81593582860_YangdiPertuanAgon.jpg)
Bukan sekadar simbolik, roh Rukun Negara perlu dihayati dan diamalkan - YDPA
Lima prinsip Rukun Negara perlu dijadikan panduan, amalan semua pihak termasuk pemimpin negara.
![Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41473748050_KhalidAbuBakar.jpg)
Polis pertingkat keselamatan menjelang Hari Malaysia - KPN
Polis akan meningkat kesiapsiagaan di seluruh negara bagi menghadapi sebarang ancaman sama ada dari Daish atau mana-mana kumpulan pengganas sekalipun.