Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak termasuk Sabah dan Sarawak.
Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata ketetapan tarikh 31 Ogos sebagai Hari Kemerdekaan harus disambut oleh kesemua negeri tanpa mempertikaikan hari sambutan tersebut.
Tambahnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing berhubung sambutan 31 Ogos baru-baru ini tidak mengugat rakyat negeri Sabah dalam menyambut hari bersejarah itu.
"Apa yang kita tahu, rakyat negeri Sabah sedar dan tahu bahawa 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan negara kita. Rakyat juga tahu bahawa 16 September merupakan Hari Malaysia.
"Justeru, fakta ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan saya percaya rakyat Sabah juga tidak akan mempertikaikan tarikh 31 Ogos ini," katanya kepada Astro AWANI selepas majlis Pelancaran Sulung AirAsia dari Bangkok ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini.
Sementara itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi berkata laluan terbaharu AirAsia dari Kota Kinabalu ke Bangkok ini dapat melonjakkan lagi industri ekonomi kedua buah negara.
"Thailand adalah pasaran penting bagi Malaysia kerana ia berpontesi untuk berkembang dimana pelbagai produk pelancongan di sini memenuhi keperluan mereka.
"Justeru, saya berharap pemain industri di kedua-dua buah negara ini akan bekerjasama dengan AirAsia Thailand untuk mempromosikan Malaysia dan mengekalkan laluan ini," katanya.
Terdahulu, AirAsia meraikan penerbangan sulungnya menggunakan pesawat FD470 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok ke Kota Kinabalu hari ini.
Laluan unik itu yang menandakan penerbangan pertama AirAsia Thailand ke Sabah merupakan bukti komitmen AirAsia untuk mengembangkan hab Kota Kinabalu.
Ruzaini Zulkepli
Thu Aug 16 2018

Christina (tengah) majlis Pelancaran Sulung AirAsia dari Bangkok ke Kota Kinabalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), hari ini. - Foto Astro AWANI

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.

Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.

Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.

PM umum minggu ini status PKPP - Ismail Sabri
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen.

Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!

Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.

Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak harus dipertikai - Timbalan Ketua Menteri Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.

'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.