PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 di Dataran Pahlawan Negara di sini.
Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.
Lagu Negaraku dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Left Kol Mohd Asri Che Wil daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama.
Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 58 pegawai dan 867 anggota lain-lain pangkat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta 152 veteran daripada Persatuan Veteran ATM, Kontinjen Pesara Polis dan Bekas Polis Malaysia.
Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) Left Kol Muhammad Ikhwan Hussin.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai 'last post' dengan menurunkan Jalur Gemilang.
Istiadat turut disajikan dengan persembahan pantomim mengenai pengorbanan pejuang negara iaitu kisah daripada peristiwa pertempuran yang berlaku di Bakara Market, Mogadishu, Somalia pada 3 dan 4 Okt 1993.
Peristiwa tersebut membabitkan pasukan Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanise yang terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Mogadishu di bawah Kontinjen MALBATT 1 UNOSOM II (United Nations Operation in Somalia).
Ketika itu, ibu Pejabat UNOSOM II telah meminta bantuan pasukan tentera Malaysia dan 19 RAMD Mekanise (MALBATT 1) telah dikerah ke kawasan pertempuran untuk menyelamatkan anggota elit US Rangers dan kru helikopter Black Hawk yang terperangkap di pasar berkenaan akibat diserang oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.
Dalam usaha menyelamatkan anggota US Rangers berkenaan, kereta perisai Condo yang dipandu oleh Koperal Mat Aznan Awang telah diserang hendap gerila pemberontak melalui tembakan roket RPG menembusi cermin hadapan kenderaan perisai tersebut sehingga menyebabkan kematian kepada anggota pemandu berkenaan.
Atas keberaniannya, Allahyarham Koperal Mat Aznan telah dikurniakan Darjah Keberanian Tertinggi Persekutuan, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP).
Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai adalah antara usaha dan keprihatinan kerajaan dalam mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.
Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan kali terakhir diadakan pada 2018.
Pada 2019, istiadat berkenaan tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan jerebu teruk yang melanda negara ketika itu manakala pelaksanaan istiadat berkenaan pada 2020 dan 2021 juga tidak dapat direalisasikan berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2022. - Foto BERNAMA

Wanita warga emas ditahan jadi 'transporter' seludup baju sukan bernilai RM61,000
Hasil pemeriksaan telah menemui lebih 405 helai baju sukan pelbagai jenama bernilai RM61,000 dipercayai tiruan.

PGA tumpas cubaan seludup pokok durian, laici dan longan bernilai RM1.12 juta
Rampasan membabitkan lebih 1,000 anak pokok durian 'black thorn', 8,000 pokok laici dan 5,500 pokok longan dipercayai diseludup dari Thailand.

Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN bermula, integrasi ekonomi agenda utama
Perbincangan turut dijangka dilatari dengan ketidaktentuan geopolitik semasa serta strategi ASEAN untuk menampan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi serantau.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Amirul Aiman
- Penyakit sosial berlaku kerana manusia hilang adab - Sultan Perak
- Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
- Siasatan rasuah, tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan
#AWANIpagi #AWANInews
- Penyakit sosial berlaku kerana manusia hilang adab - Sultan Perak
- Pencarian baharu MH370 bermula di Lautan Hindi
- Siasatan rasuah, tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan
#AWANIpagi #AWANInews

Remaja lelaki pecah rekod dunia, kuasai 400 bahasa
Perjalanan luar biasa remaja ini bermula sejak kecil dengan bimbingan daripada bapanya yang merupakan seorang pakar linguistik.

Wanita Thailand hilang lebih tiga bulan ditemui mati dibunuh
Mangsa disahkan maut akibat dibunuh dengan identitinya disahkan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Israel pertimbang lanjut gencatan senjata di Gaza
Pada masa sama, perbincangan mengenai masa depan wilayah itu masih ditangguhkan.
Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera
Menurut Jabatan Bomba Lake Worth, pihaknya berjaya memadamkan kebakaran namun pesawat tersebut musnah sepenuhnya.
Jet Israel serang selatan Damsyik dan Daraa
Jet pejuang Israel melancarkan serangan ke atas sebuah bandar di selatan Damsyik serta wilayah selatan Daraa pada lewat Selasa, menurut penduduk, sumber keselamatan, dan penyiar tempatan.
Serangan tersebut menyasarkan bandar Kisweh, kira-kira 20 kilometer di selatan Damsyik.
Serangan tersebut menyasarkan bandar Kisweh, kira-kira 20 kilometer di selatan Damsyik.
Israel pertimbang lanjut gencatan senjata di Gaza
Israel sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 42 hari di Gaza bagi membawa pulang baki 63 tebusan.
Dalam masa yang sama, perbincangan mengenai masa depan wilayah itu masih ditangguhkan.
Dalam masa yang sama, perbincangan mengenai masa depan wilayah itu masih ditangguhkan.

Sambutan Hari Pahlawan 2022 meriah, penuh istiadat
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan