Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini lebih berwarna-warni dan menarik dengan penglibatan pelbagai acara termasuk persatuan basikal, paramotor dan motosikal berkuasa tinggi.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha berkata, selain perarakan berjalan kaki, sambutan di Putrajaya akan menyaksikan penyertaan pasukan udara, darat dan air.
Antara yang terlibat ialah Kelab Motosikal 300KMJ, Persatuan Basikal Tua Batu Berendam Melaka, Persatuan Paramotor Malaysia, pasukan bot air Perbadanan Putrajaya serta Persatuan Vespa Malaysia.
Selain itu, anak yatim Darul Fuqaha dari Sungai Merab akan dibawa menaiki Kapal Persiaran Tasik Putrajaya, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 157 kontinjen membabitkan 13,598 peserta akan memgambil bahagian dalam sambutan kali ini yang bertema ’Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’.
Othman berkata, perarakan kali ini akan disertai 73 pasukan jabatan kerajaan, 28 badan berkanun, 20 swasta, 10 badan beruniform, 10 sekolah, enam institut pengajian tinggi serta empat kontinjen badan bukan kerajaan (NGO), dan mereka bakal dilepaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 7.15 pagi.
"Peserta akan berarak sejauh 1.7 kilometer bermula di depan bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Persiaran Perdana menuju Masjid Putra,” katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat ke majlis itu serta merasmikannya.
Baginda akan diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, menteri Kabinet serta perwakilan negara luar.
Pada perhimpunan di Masjid Putra, selain ceramah agama oleh pendakwah bebas Ustaz Mohammad Kazim Elias, pengurniaan Anugerah Perdana dan Anugerah Maulidur Rasul turut diadakan.
Penerima Anugerah Perdana bakal membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta plak, sijil dan satu set Tafsir Fi Zilalil Quran manakala lapan pemenang Anugerah Maulidur Rasul akan menerima wang tunai RM20,000 beserta plak, sijil, dan hadiah iringan.
Bernama
Sat Jan 11 2014
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha. --gambar fail
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
10 Berita Pilihan - (5 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [5/2/2025] – Siasatan Op Sky | Trump mahu Gaza | Pemulihan populasi Harimau Malaya | Laluan haram disekat
- Trump rancang ambil alih Gaza, paksa warga Palestin pindah negara luar
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
- Sindiket syarikat perundingan kewangan, tiga selebriti ke SPRM esok
- Khazanah untung RM5.1 bilion, jangka 2025 bukan tahun mudah
- Harimau Malaya melawan kepupusan, ada tanda awal pemulihan populasi
Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.
#AWANI Tonight 5 Feb 2025
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Trump says U.S will take over Gaza, permanently resettle all Palestinians
2. Philippine lawmakers vote to impeach VP Sara Duterte
#AWANIEnglish #AWANINews
China tolak rancangan Trump untuk "ambil alih" Gaza, pindah jutaan penduduk Palestin
China pada Rabu menolak rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, untuk "mengambil alih" Gaza dengan menyatakan ia menentang pemindahan paksa rakyat Palestin ke negara jiran.
AWANI Tonight: Trump's takeover plan will threaten regional stability
Trump's proposal for the U.S. to take over Gaza would displace millions of Palestinians, heighten tensions, and undermine the peace process, according to Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad from MyAqsa Foundation.
AWANI Tonight: Thailand cuts power to Myanmar border areas linked to fraud
Thailand will suspend electricity supply to certain border areas shared with Myanmar to curb scam operations, with further discussions to be held by Prime Minister Paetongtarn Shinawatra and the National Security Council.
JAKIM tidak pernah sembunyi atau manipulasi fakta - KP
JAKIM tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.
Kenapa umat Islam tidak digalakkan ucap 'Rest in Peace'?
Ucapan tersebut mempunyai implikasi dari sudut akidah sekiranya tidak difahami secara jelas kerana ia merupakan amalan keagamaan orang bukan Islam.
Sambutan Maulidur Rasul tahun ini lebih menarik dengan pelbagai acara
Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan tahun ini lebih berwarna-warni dan menarik dengan penglibatan pelbagai acara.
Seramai 22,608 murid darjah lima peroleh 8A dalam peperiksaan UPPK
Seramai 22,608 dari 185,082 murid darjah lima yang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa di seluruh negara memperolehi agregat 8A.
Kalimah Allah hanya untuk Islam - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulangi kenyataan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam