PUTRAJAYA: Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung selama empat hari bermula esok di Angsana Johor Bahru Mall, Johor menyasarkan kehadiran kira-kira 200,000 pengunjung.
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sambutan berkenaan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 malam, Sabtu ini.
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang menerusi kenyataan itu berkata program berkenaan mampu menjadi wadah perpaduan dan tapak integrasi yang berlandaskan pendekatan terpilih serta berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan.
Sambutan Minggu Perpaduan itu merupakan kali kedua diadakan selepas kali pertama di Kuching, Sarawak tahun lepas.
Pelbagai aktiviti diadakan bermula 10 pagi hingga 10 malam antaranya pameran rumah KAMI (22 rumah etnik); perkampungan Orang Asli suku kaum Seletar, Mahmeri dan Semai; perkampungan Rumah Panjang suku kaum Iban; pameran jabatan dan agensi kerajaan dan swasta serta jualan Rahmah.
Turut diadakan pameran dan jualan produk Kawasan Rukun Tetangga Progresif, Larian Uniti (Uniti Fun Run), foodunites dan foodtruck, permainan e-sports, pertukaran topi keledar Jabatan Pengangkutan Jalan, pengurangan kadar kompaun saman oleh Polis Diraja Malaysia dan persembahan artis terkenal menerusi Malam Irama Sama-Sama Kita.
"KPN ingin mengajak orang ramai khususnya rakyat di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan.
"Sambutan ini adalah peluang yang sangat berharga untuk kita bersama-sama memperkasakan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat seterusnya mengukuhkan tapak integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024

Sambutan Minggu Perpaduan itu merupakan kali kedua diadakan selepas kali pertama di Kuching, Sarawak tahun lepas. - Gambar fail/Bernama
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Sambutan Minggu Perpaduan sasar kehadiran 200,000 pengunjung
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung esok di Angsana Johor Bahru Mall menyasarkan kehadiran 200,000 pengunjung.