AYER KEROH: Tindakan seorang sami cuba mencabul seorang doktor yang sedang memberi rawatan kepadanya membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Tertuduh, M Raja Gopal, 52, yang juga orang kurang upaya (OKU) bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan cara menyentuh payu daranya dengan niat mencabul kehormatan mangsa.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 petang pada 12 Mei lalu di Katil No 25, wad A-G Nefrologi Blok A, Hospital Melaka.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM10,000 dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius.
Peguam yang mewakili tertuduh, P. Thisharmini, bagaimanapun, memohon mahkamah mengenakan hukuman paling rendah dengan alasan anak guamnya adalah seorang OKU, mempunyai penyakit kencing manis dan angin ahmar.
Tertuduh juga, katanya, sudah berusia 52 tahun dan mempunyai lima orang anak perempuan.
Mohamad Izwan pada penghakimannya kemudian menetapkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh menganggu mangsa dalam apa juga medium dan perlu melapor diri setiap dua minggu di balai polis berhampiran.
Mahkamah turut menetapkan 26 September ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Aug 12 2022

Tertuduh, M Raja Gopal tidak mengaku bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita dengan cara menyentuh payu daranya dengan niat mencabul kehormatan mangsa. - Gambar Astro AWANI

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.

Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Raja Vajiralongkorn secara rasmi ditabal sebagai Raja Thailand
Istiadat yang bersejarah dan yang pertama dalam tujuh dekad itu bermula dengan Upacara Penyucian Diraja yang juga dikenali sebagai "Song Muratha Bhisek."

Kanak-kanak sembilan tahun maut dibelasah sami
Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dilaporkan maut selepas dipukul dan dihentak pada tiang batu oleh seorang sami di sebuah kuil di Kanchanaburi.

Ceritalah ASEAN - Kebahagiaan yang sukar dicapai: Renungan seorang sami Thai
Masa yang panjang menjaga kedai ibu bapanya membuatkan minda muda Pisut berfikir. Melihat orang datang dan pergi, beliau berfikir apa yang membuat seseorang itu senyum atau mengerut dahi.