IJOK: Sekumpulan samseng bertindak liar dengan cuba menggagalkan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika menahan sebuah lori yang membawa lebih muatan, di sini pada Sabtu.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang selepas lori terbabit ditahan oleh anggotanya menerusi operasi Op Patuh Khas.
Menurutnya, semasa pemeriksaan hendak dijalankan, seramai 20 hingga 30 lelaki tempatan datang membuat gangguan dengan menghalang dan cuba menggagalkan tindakan penahanan lori terbabit.
"Dipercayai lori itu dipandu oleh lelaki warga asing dengan membawa muatan batu kerikil melebihi 80 peratus had ditetapkan.
"Semakan awal mendapati lori terbabit memiliki kesalahan aktif yang belum selesai," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, susulan itu, satu laporan polis telah dibuat JPJ di Balai Polis Kuala Selangor untuk tindakan lanjut, manakala lori terbabit telah disita.
Operasi pada Sabtu itu turut mengesan sebuah lori turut dikesan membawa muatan melebihi 108 peratus di Sungai Buloh, Selangor.
Tegasnya, JPJ akan terus melaksanakan pemantauan dan mengambil tindakan tegas ke atas kenderaan berat terutamanya yang membawa lebih muatan melebihi 70 peratus iaitu dikategorikan paling berisiko mengakibatkan kegagalan fungsi teknikal dan sistem brek serta peningkatan kadar kemalangan maut dan kerosakan jalan raya.
"JPJ mengalu-alukan untuk orang ramai membuat aduan berhubung kesalahan lebih muatan ini dan menasihatkan syarikat dan pemandu kenderaan komersial untuk sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan ekosistem jalan raya sentiasa selamat kepada pengguna jalan raya lain.
"JPJ akan meneruskan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) bagi membudayakan keselamatan pengguna jalan raya," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 23 2023

Sekumpulan individu cuba menggagalkan tindakan JPJ ketika menahan sebuah lori yang membawa lebih muatan, di Ijok pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
Keselamatan: pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Syarikat pengendali kenderaan perdagangan berpotensi digantung operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sekiranya kenderaan milik mereka yang terlibat kemalangan gagal proses audit Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kemalangan maut: Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori treler 40 kaki dalam satu kemalangan di Lebuhraya Damansara menghala ke Puchong awal pagi, pada Selasa.
Letupan Sungai Golok: PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
Pasukan Gerakan Am (PGA) memperketat kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi menghalang suspek yang dikaitkan dengan insiden letupan bom di Sungai Golok, selatan Thailand daripada melarikan diri ke Malaysia.

ACLE: JDT anggap aksi menentang Buriram United seperti perlawanan akhir
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menganggap pertemuan menentang kelab Thailand Buriram United pada aksi kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim di sini seperti p
Nahas lampu isyarat: seorang lagi mangsa meninggal dunia
Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Persiaran Senawang 1 di Seremban pada Khamis lepas disahkan meninggal dunia malam Isnin.

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Pastikan kenderaan perdagangan selamat digunakan - Loke
Loke mengingatkan pengendali kenderaan perdagangan untuk menitikberatkan aspek keselamatan kenderaan masing-masing supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya pada 29 dan 30 Mac, 5 dan 6 April
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

JPJ panggil semula 41,688 kenderaan daripada 6 pengeluar untuk pemeriksaan
JPJ memanggil semula 41,688 kenderaan daripada enam pengeluar bagi tujuan pemeriksaan berikutan kecacatan pada struktur, peralatan dan sistem pada kenderaan berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan Puspakom berdasarkan kaedah, prosedur ditetapkan JPJ
Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menegaskan operasi pemeriksaannya dijalankan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Boleh tukar Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten guna aplikasi MyJPJ bermula esok
Permohonan bagi menukar Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dibuat melalui aplikasi MyJPJ bermula esok.

Pemandu lori didenda RM3,000 halang anggota JPJ laksana tugas
Majistret turut memerintahkan Mohd Syukri menjalani hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.