KUALA PILAH: Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian samun bersenjata parang panjang di lorong belakang sebuah kedai emas dekat sini pada pagi Rabu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, lelaki berusia 50-an itu ditangkap di daerah ini lebih kurang jam 10 malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula Khamis bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/ 397 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, dua pekerja pembekal barang kemas disamun dua suspek bertopeng dan bersenjatakan parang di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah,Kuala Pilah.
Mangsa dipercayai membawa tujuh kilogram emas dengan anggaran nilai RM1.8 juta malah hebahan dan video kejadian berdurasi 33 saat turut tular di media sosial.
Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Syahrul Anuar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat menggalakkan pengusaha kedai emas di pekan ini menggunakan khidmat kawalan keselamatan terutama apabila melibatkan kuantiti bekalan barang kemas yang agak banyak.
Katanya, ia sebagai langkah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh berkenaan.
Dalam pada itu ditanya mengenai pemasangan kemera litar tertutup (CCTV) di kedai emas sekitar pekan ini, Syahrul Anuar berkata, kesemuanya mempunyai kelengkapan CCTV cuma mereka perlu menggunakan CCTV yang berkualiti dan dapat menyimpan rekod data yang lebih besar.
"Kes jenayah di daerah Kuala Pilah juga adalah terkawal, bagaimanapun kejadian samun pada Rabu merupakan kes pertama berlaku di kawasan parkir belakang kedai emas dan bukannya di dalam kedai.
"Berdasarkan rekod juga terdapat satu kes kecurian emas pada April tahun lalu dan telah selesai, suspek sudah ditangkap serta di tuduh di mahkamah," jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 04 2023

Dua pekerja pembekal barang kemas disamun dua suspek bertopeng dan bersenjatakan parang di lorong belakang Kedai Emas Nur Jannah, Kuala Pilah, pada Jumaat. - Gambar/ Sinar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Samun emas RM1.8 juta di Kuala Pilah, polis tahan lelaki 50-an
Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian samun bersenjata parang panjang di lorong belakang sebuah kedai emas di Kuala Pilah pada pagi Rabu.