Polis merekodkan lapan keterangan saksi berhubung kes samun kenderaan pacuan empat roda, barang kemas serta wang tunai bernilai lebih RM3 juta yang berlaku di Lebuhraya Besraya berhampiran Sungai Besi di sini petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata lapan saksi yang diambil keterangan termasuk daripada seorang saksi yang merakam video kejadian itu dan menyebarkannya ke media sosial.
"Kes samun kira-kira 3.35 petang berkenaan melibatkan kerugian sejumlah RM67,000 wang tunai, barang kemas bernilai RM3 juta beserta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux,” katanya kepada Bernama malam tadi.
Tanpa mendedahkan perincian lanjut tujuh saksi yang lain, beliau berkata saksi yang merakam kejadian berkenaan merupakan seorang pemandu e-hailing dan hanya merakam kejadian tanpa menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan.
Sehubungan itu beliau menyeru orang awam agar terus menghubungi pihak polis jika melihat sebarang kejadian jenayah yang berlaku dan bukan hanya menyebarkannya di media sosial.
“Tindakan seperti itu hanya menyebabkan penjenayah sempat melarikan diri atau perkara lebih buruk boleh berlaku di luar jangkaan,” katanya.
Pada Selasa, seorang jurujual emas dan rakannya dilapor berdepan detik cemas apabila dirompak tiga lelaki bersenjatakan parang di lebuh raya berkenaan.
BACA: Polis buru suspek samun jurujual kedai emas di Lebuhraya Besraya
Kedua-dua mangsa dalam perjalanan mengedarkan barang kemas di sekitar Kuala Lumpur itu dihalang tiga lelaki menaiki dua kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam, yang kemudiannya memecahkan cermin kenderaan, menyamun dan membawa lari kenderaan terbabit.
Mangsa yang masing-masing berusia 47 dan 21 tahun yang tercedera akibat terkena serpihan cermin kenderaan itu ditarik keluar daripada kenderaan dan ditinggalkan di tepi lebuh raya berkenaan.
Zairulnizam berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan bersenjata dan berkumpulan.
Polis turut menemukan kenderaan pacuan empat roda yang dilarikan itu dalam keadaan terbakar di kawasan Damansara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

ZAIRULNIZAM: Tindakan seperti itu hanya menyebabkan penjenayah sempat melarikan diri atau perkara lebih buruk boleh berlaku di luar jangkaan. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Warga emas maut akibat dilanggar pemandu 4WD positif dadah
Seorang warga emas maut akibat dirempuh dan diseret sejauh 7.3 meter oleh sebuah kenderaaan pacuan empat roda (4WD) yang dipandu lelaki positif dadah di Jalan Kampung Jeram Tekoh, semalam.

Polis cari pemandu 4WD pandu melulu di Lebuhraya Persekutuan
Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang memaparkan pacuan empat roda tersebut dipandu dalam keadaan melulu.

Pemandu 4WD maut tercampak selepas terlanggar lopak air
Mangsa, Mohamad Shaiful Nizam Ismail, 36, tercampak keluar dari kenderaannya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kelantan sasar vaksinasi Orang Asli di pedalaman selesai sebelum musim tengkujuh
Pemberian suntikan perlu diselesaikan sebelum kedatangan musim tengkujuh bagi mengelakkan berlaku kesulitan termasuk jalan yang terputus hubungan akibat banjir atau tidak boleh dilalui.

Samun lebih RM3 juta di lebuh raya: Polis rakam keterangan perakam video, tujuh lain
Kes samun kira-kira 3.35 petang berkenaan melibatkan kerugian sejumlah RM67,000 wang tunai, barang kemas bernilai RM3 juta beserta sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux.

Tiga maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Kemalangan dipercayai berlaku sekitar 4.30 pagi tadi melibatkan sebuah kenderaan utiliti sukan SUV, lori dan pacuan empat roda.

Tiga beranak maut, kereta bertembung pacuan empat roda di Jalan Ipoh-Gerik
Mangsa dikenali Abdul Hakim Hashim, isterinya Penolong Jurutera Pertanian, Nurul Huda Arifin, dan anak mereka, Adib Aidan Abdul Hakim.

4 varian Proton X70 versi CKD ditawarkan, harga bermula lebih murah!
Semua varian Proton X70 CKD ditawarkan dengan pacuan dua roda hadapan yang menggunakan enjin 1.8 liter TGDi.

Pesara polis maut kemalangan motosikal, 4WD di Ipoh
Mangsa tidak sempat mengelak dan terlanggar fender belakang sebelah kiri 4WD itu yang dipandu seorang wanita lalu terjatuh di atas jalan raya.

Lelaki maut digilis bas ekspres ketika lintas lebuh raya di Sungai Buloh
Kejadian berlaku kira kira jam 1.10 pagi tadi di kilometer 451.8 lebuhraya PLUS dari Sungai Buloh menghala ke pusat bandar raya.