HASRAT seorang lelaki di Florida mahu 'bermesra' dan merakam momen dengan harimau bintang bertukar ngeri apabila dia diserang binatang liar itu dalam kejadian di bandar Davie, Florida, Amerika Syarikat pada 31 Ogos lalu.
Memetik laporan CNN, pemilik harimau bintang Michael Poggi, 54, dilaporkan mengatur 'janji temu' agar mangsa Dwight Turner, 50, boleh bermain, menggosok perut serta merakam gambar bersama haiwan karnivor itu.
Mangsa juga dikatakan membayar sebanyak AS$150 (kira-kira RM620) untuk sesi mesra itu.
Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila sesi tersebut bertukar kecelakaan selepas haiwan itu bertindak menerkam dan mengigit kepala dan telinga lelaki berkenaan.
"Sebaik sahaja Poggi membuka sangkar harimau bintang, Turner masuk dan duduk di bangku.
"Haiwan itu mengaum lalu menyerang Turner menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan telinga," menurut Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar, Institut Penyelidikan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC).
"Turner mengalami kecederaan di bahagian kanan kepala dan telinganya.
"Isteri mangsa memaklumkan terpaksa memberikan sebahagian kulit untuk menampal kesan koyakan di kepala dan telinga suaminya," tambah FWC lagi.
Susulan itu, FWC berkata pemilik harimau bintang itu dikenakan dua tindakan undang-undang kerana mendedahkan hubungan dengan haiwan itu dan memelihara hidupan liar dalam kurungan.
Ketika disoal siasat, Poggi menyedari bahawa tindakannya itu salah.
Astro Awani
Sun Nov 01 2020

Harimau bintang itu terus mengaum lalu menyerang Turner menyebabkan kecederaan pada bahagian kepala dan telinga. -Gambar hiasan/unsplash

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Penduduk kampung 'buli' harimau sakit
Pihak berkuasa bertindak menyelamatkan harimau bintang itu dan menghantarnya ke sebuah zoo.

Harimau bintang peliharaan terlepas, empat cedera
Ia mencederakan empat orang sebelum berjaya ditangkap dan dibawa ke sebuah pusat rawatan haiwan.

Penduduk terkejut harimau bintang masuk kampung
Haiwan liar itu dipercayai berasal dari Hutan Kammadanam dan telah sesat hingga memasuki kawasan petempatan manusia.

Tular harimau bintang serang anjing, ini reaksi pihak polis
Tiada kejadian seekor harimau bintang yang menyerang anjing di rumah seorang penduduk berlaku di Kampung Perik, dekat sini, baru-baru ini.

Budak 2 tahun patah tulang pipi diserang harimau di taman safari
Burns mengalami kecederaan patah tulang pipi dan gambarnya diambil dalam keadaan darah yang masih mengalir daripada pipinya

Gempar! Harimau bintang selamba masuk hotel
Imej rakaman CCTV menunjukkan haiwan terbabit berlegar-legar di lobi hotel.

Bunuh keluarga babun: Pegawai hidupan liar digesa letak jawatan
Pegawai jabatan hidupan liar di Idaho diberhentikan perkhidmatan semalam selepas fotonya bersama keluarga baboon dan hidupan liar dibunuh semasa aktiviti pemburuan dijalankan di Afrika September lalu.

Buruh ladang diserang harimau kumbang
Seorang buruh ladang warga Indonesia terpaksa menerima 50 jahitan akibat dicakar ketika bergelut dengan seekor harimau kumbang di Ladang Sawit Tanah Rancangan Felda Perasu di sini semalam.