Seekor lembu sado seberat 1,300kg atau mesra dipanggil 'Merah' yang mencecah nilai RM25,000 sedia untuk dikorbankan sempena sambutan Aidiladha pada Ahad ini jika ada permintaan.
Penternak lembu jantan baka Limousin berkenaan Ab Rahim Salleh, 74 berkata walaupun ternakan miliknya yang berusia tiga tahun setengah itu hanya dibela sebagai hobi namun beliau tidak akan menolak jika ada permintaan mereka yang mahu membelinya bagi menyempurnakan ibadah korban nanti mahupun kenduri atau majlis keraian.
"Sambutan di negeri ini memang tidak banyak untuk lembu baka jenis ini mungkin disebabkan harganya yang agak mahal, tetapi ia menjadi pilihan kepada masyarakat luar negeri ini terutamanya di Terengganu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tawang, Bachok di sini hari ini.
Ab Rahim yang telah menternak lembu sejak lebih 20 tahun lalu berkata, harga yang diletakkan dirasakan berpatutan, malah jika lembu baka ini dikorbankan pembeli akan berpuas hati kerana saiz lembu yang besar dan lebih ramai yang dapat menikmati dagingnya.
Bapa kepada enam orang anak itu berkata, kebiasaannya harga satu bahagian daging lembu tempatan yang dibuat korban hanya RM600 sehingga RM800, namun daging lembu mewah dari baka ini boleh mencecah sehingga RM3,000 untuk satu bahagian.
"Ia tidak mustahil untuk dijual, memandangkan saya telah berjaya menjual lembu baka jenis ini seberat 1,200 kg pada dua tahun lalu dengan harga RM17,500 kepada seorang peniaga daging lembu di Tok Uban, Pasir Mas," katanya.
"Daging daripada baka lembu ini menjadi pilihan kerana mempunyai rasa yang lebih lembut daripada daging lembu tempatan selain rasanya enak apabila dimasak.
BACA: Penternak 'lembu sado' tolak tawaran RM30,000
Mengenai kaedah penjagaan harian, Ab Rahim berkata dia akan memberikan kira-kira tiga kali sehari 'Merah' untuk makan rumput dan dedak khusus bagi baka lembu jenis ini iaitu melibatkan perbelanjaan kira-kira RM350 sebulan.
Katanya, 'Merah' juga sudah kerap dipamerkan dalam karnival perternakan di seluruh negeri ini malah ia turut menerima anugerah Johan Limousin (Penjantan Unggul) dalam Pertandingan Lembu Comel Terbuka Negeri Kelantan 2018.
"Bagi memastikan kesemua ternakan berada dalam keadaan baik dan sihat selain mengelakkan dijangkiti penyakit berjangkit, saya mendapatkan khidmat suntikan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar setiap enam bulan sekali,katanya.
Selain mempunyai lembu baka Limousin, beliau turut menternak empat ekor lembu baka Charolais yang beratnya sekitar 400 kg sehingga 600 kg.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 08 2019

Ab Rahim berkata dia akan memberi Merah tiga kali sehari makan rumput dan dedak khusus, melibatkan perbelanjaan kira-kira RM350 sebulan. Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sanggup korbankan 'Merah' bernilai RM25,000 untuk Aidiladha
Walaupun ternakannya itu hanya dibela sebagai hobi namun beliau tidak akan menolak jika ada permintaan mereka yang mahu membelinya bagi menyempurnakan ibadah korban, kenduri atau majlis keraian.