KUALA LUMPUR: Ahli-ahli dan penyokong Pas diminta untuk bertenang dan menghormati proses undang-undang susulan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, awal pagi tadi.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti berkenaan mengikuti rapat perkembangan melibatkan penahanan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.
"Pas mengikuti dengan cermat perkembangan kes melibatkan Muhammad Sanusi yang dilaporkan telah ditahan oleh pihak PDRM untuk didakwa di mahkamah hari ini.
"Pas menyarankan semua pihak, khususnya para ahli dan penyokong, supaya bertenang dan menghormati proses perundangan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan polis menahan Muhammad Sanusi untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.
Penahanan dibuat pada sekitar pukul 3 pagi oleh pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 dan Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di Mont Kiara.
Menteri Besar Kedah itu akan didakwa di mahkamah Selayang pada jam 9 pagi ini.
Muhammad Sanusi dijangka menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 [Akta 15].
Menerusi semakan sistem dalam talian mahkamah terdapat nama Muhammad Sanusi Md Nor yang akan didakwa di dua mahkamah sesyen berbeza di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin dan Osman Affendi Mohd Shalleh.
Dalam ucapannya yang tular, pemimpin Pas itu dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar Selangor.
Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis termasuk yang menyifatkan menghina institusi beraja di Selangor.
Afiezy Azaman
Tue Jul 18 2023

Ahli-ahli dan penyokong Pas diminta untuk bertenang dan menghormati proses undang-undang susulan penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, awal pagi tadi, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar fail

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Sanusi ditahan polis: Ahli, penyokong Pas diminta bertenang - Takiyuddin
Pas mengikuti rapat perkembangan melibatkan penahanan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional itu.