KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa enggan memberikan kerjasama kepada polis menyebabkan beliau ditahan awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata cubaan pihaknya menghubungi Muhammad Sanusi untuk memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Selayang hari ini gagal.
"Alasan kita buat tangkapan malam tadi... yang pertama, kita minta bantuan daripada polis Kedah, namun beliau tiada di Kedah.
"Kita dapat maklumat bahawa beliau akan berada di Astro AWANI pada jam 10 malam tadi namun kita dapati tiada kelibat beliau di sana.
"Beliau telah menolak semua panggilan telefon untuk kita memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Selayang esoknya (hari ini).
"Kita juga telah membuat panggilan telefon kepada pegawai kanan beliau dan semua panggilan itu juga 'direject'," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Razarudin memaklumkan, pihaknya juga mendapati Muhammad Sanusi tidak mengetahui beliau perlu hadir ke Mahkamah Selayang hari ini.
"Sejumlah 58 laporan (dibuat) termasuk laporan oleh Ahli Dewan Diraja Selangor sendiri. Kita lihat bahawa sifat kes ini atau kecendurangan kes ini menghina atau memberi bangkitkan kemarahan institusi diraja.
"Maka disebabkan kita tidak dapat menelefon untuk memaklumkan... kita cuba untuk mencari beliau dan kita dapat jumpa beliau pada jam 2.30 pagi di kawasan Mont Kiara (Kuala Lumpur).
"Sebenarnya kita pun ada siasatan lain... sebelum ini kita panggil untuk rekod percakapan dia atas satu report yang lain, dan beliau enggan (beri kerjasama)," katanya.
BACA: Kronologi kes Muhammad Sanusi atas tuduhan menghasut
Tambah Razarudin, pertuduhan terhadap Muhamad Sanusi susulan ucapan cenderung menghasut menyebut perkataan bagi mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada mana-mana Raja.
BACA: Tiada kaitan politik, ia berkait kenyataan Sanusi menyentuh Sultan Selangor - Amirudin
"Disebabkan Akta Hasutan ini, Seksyen 41 ini adalah satu akta tuduhannya kerana perbuatannya mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mendatangkan kebencian penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja," katanya.
Astro Awani
Tue Jul 18 2023

Tan Sri Razarudin Husain, berkata cubaan pihaknya menghubungi Muhammad Sanusi untuk memaklumkan supaya hadir ke Mahkamah Selayang hari ini gagal. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

'Harmoni dalam kepelbagaian' jadi tema hala tuju KPN 2025
'Harmoni dalam kepelbagaian' telah dipilih sebagai tema dan landasan utama hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) menuju perpaduan dalam kepelbagaian pada tahun 2025.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.

Kementerian Perpaduan berjaya laksana lebih 300 program berimpak tinggi tahun ini
KPN laksanakan program merapatkan jurang sosial rakyat Malaysia sekali gus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan.

Tingkat keharmonian masyarakat agenda penting Kementerian Perpaduan - Saraswathy
Meningkatkan keharmonian masyarakat merupakan satu daripada agenda penting ditetapkan dalam hala tuju Kementerian Perpaduan Negara (KPN) selaras dengan agenda nasional membangun Malaysia MADANI.

Tahap integriti polis masih membimbangkan - KPN
Tahap integriti warga PDRM masih membimbangkan walaupun peringatan dan amaran diberikan berulang kali mengenai perkara berkenaan.

Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.

Sanggar Puisi Perpaduan 2024 memupuk benih perpaduan melalui bahasa, sastera
Pelaksanaan program ini juga suatu platform untuk membangkitkan minat dan cinta terhadap puisi.

Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.