KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI menaikkan kadar bantuan untuk isi rumah menerusi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM1,200 tahun ini berbanding RM600 pada 2023 manakala kadar untuk golongan bujang kekal RM600.
Program itu dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta pada tahun lepas yang menyaksikan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, ia adalah sebahagian daripada usaha menambah baik SARA sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan kos sara hidup.
"Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI," kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dalam kenyataan itu.
Kementerian Kewangan memaklumkan, SARA yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Jan ini menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Menurut Kementerian Kewangan, penambahbaikan SARA turut melibatkan usaha memperluas penerima yang layak merangkumi golongan miskin dan miskin tegar berbanding pada 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar.
"Penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar," menurut kenyataan itu.
Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Jan ini bagi penerima dari Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Feb.
Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bantuan akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan serta RM300 untuk golongan bujang pada 19 Feb dan 12 Ogos melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional seluruh negara.
"Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lepas, kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Jan 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.
Kementerian Kewangan turut menasihati penerima SARA agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program itu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2024

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Jan ini bagi penerima dari Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula pada 19 Feb. - Gambar fail/Reuters

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
![[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak [KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739322953_minyakmasakpaket.jpg)
[KOLUMNIS] Subsidi bersasar, pulangkan pada yang berhak
Jika T20 tidak lagi diberikan subsidi petrol, diesel dan LPG, kerajaan boleh menjimatkan sebanyak RM15 bilion hingga RM17 bilion.

Indeks Persepsi Rasuah 2024: Pasukan Petugas Khas CPI komited perbaiki kedudukan Malaysia
Pasukan Petugas Khas CPI yang diterajui oleh KSN akan mempertingkat langkah-langkah penambahbaikan yang strategik.
![[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI [KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.

Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.

Agensi pemerkasaan agenda bumiputera perlu cekap, bertanggungjawab - PM
Anwar bagaimanapun berkata semua dasar bumiputera tidak akan mengenepikan hak kaum-kaum lain.

Harga diesel turun 5 sen mulai esok
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada RM3.30 seliter seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak ketika ini.

Ringgit cecah 4.4000 berbanding dolar AS
Ringgit Malaysia mencecah 4.4000/4150 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pukul 11.32 pagi hari ini.

'Belum terbuka hati jumpa wakil pembangkang' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengakui terdapat wakil parti politik pembangkang yang mahu berjumpa beliau dan Anwar untuk berunding membentuk kerjasama dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Terlalu awal klasifikasi isu HRD Corp sebagai skandal seperti 1MDB - Fahmi
Fahmi menyifatkan terlalu awal untuk mengklasifikasikan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sebagai skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kerajaan pertimbang model Ombudsman unik, gabung EAIC, Biro Pengaduan Awam
Kerajaan sedang mempertimbangkan satu model Ombudsman Malaysia yang unik dengan menggabungkan Biro Pengaduan Awam serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).