GEORGE TOWN: Meskipun ramai yang takut dengan lebah kerana sengatannya yang menyakitkan, namun serangga itu mempunyai peranan penting dalam ekosistem khususnya dalam bio-kepelbagaian dan keseimbangan alam sekitar.
Bagaimanapun lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V.Subbarow berkata ketika ini amat sukar untuk menemukan sarang lebah di Semenanjung, malah ramai pemelihara lebah tradisional sendiri mengakui bahawa koloni lebah juga semakin berkurangan.
Beliau berkata penggunaan racun perosak pada tanaman, baja sintetik, tanaman yang diubah suai secara genetik dan perubahan iklim merupakan antara punca utama populasi lebah di negara ini semakin berkurangan.
"Penggunaan racun perosak secara berleluasa mengancam kehidupan lebah hingga menyebabkan bilangannya semakin berkurangan di samping pembangunan tanah secara tidak terancang, yang turut memberi kesan terhadap habitat spesis serangga yang mesra pendebunga itu," katanya kepada Bernama sempena Hari Lebah Sedunia yang disambut esok.
Subbarow menjelaskan sebahagian besar lebah telah kehilangan sumber makanan yang diperlukan untuk terus hidup dan punca utamanya adalah disebabkan penggunaan bahan kimia dalam racun makhluk perosak dan baja tiruan yang boleh menjejaskan sistem saraf serangga tersebut.
"Kepentingan lebah tidak boleh dinafikan kerana ia bertanggungjawab kepada 90 peratus bekalan makanan dunia. Kira-kira 70 daripada 100 tanaman penting untuk makanan manusia, yang membekalkan sehingga 90 peratus pemakanan dunia, didebungakan oleh lebah," katanya.
Sehubungan itu beliau menyarankan masyarakat supaya mengadakan lebih banyak ladang organik kerana ia cenderung menyokong kepelbagaian biologi yang lebih tinggi dan kesihatan lebah yang lebih baik sekali gus mencegah kepupusan lebah.
Selain itu, beliau turut mencadangkan untuk menanam beberapa tanaman makanan sendiri tanpa menggunakan racun makhluk perosak dan baja sintetik selain sayuran berbunga, buah-buahan dan herba juga dapat menarik lebah.
Dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan menyelamatkan lebah, CAP turut turun padang mengadakan sesi ceramah di beberapa sekolah termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pengkalan Hulu, Perak yang dihadiri 100 orang murid dan guru dari tiga sekolah di sekitarnya.
Hari Lebah Sedunia disambut 20 Mei setiap tahun bagi mengikitiraf peranan lebah dan pendebunga yang lain dalam ekosistem. Dianggarkan lebih 16,000 spesies lebah dikenal pasti dalam tujuh keluarga biologi di seluruh dunia yang mempunyai tumbuhan berbunga kecuali di Antartika.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
![Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716089620_SarangLebah.jpg)
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus. - Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716089620_SarangLebah.jpg)
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
![Sarang lebah di koridor sekolah... Bomba bertindak atas panggilan Sarang lebah di koridor sekolah... Bomba bertindak atas panggilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71578229048_saranglebah.jpg)
Sarang lebah di koridor sekolah... Bomba bertindak atas panggilan
Bimbang dengan keselamatan murid, pengadu meminta pihak bomba menghapuskan sarang lebah itu.
![Awasi ancaman serangga berbisa, ia boleh membahayakan nyawa! Awasi ancaman serangga berbisa, ia boleh membahayakan nyawa!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61533347425_TBWASPxjpg.jpg)
Awasi ancaman serangga berbisa, ia boleh membahayakan nyawa!
Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim berjaya menyelesaikan kes serangga berbisa melebihi 150 aduan sepanjang pertengahan tahun ini.