KUCHING:Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat pakar perunding pengurusan hutan dan perhutanan global dari Australia, Margules Groome bagi membantu industri perkayuan yang merundum akibat pandemik COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, syarikat tersebut akan membantu kerajaan negeri dalam menyediakan Pelan Induk Industri Perkayuan Sarawak bagi merancakkan industri itu.
Beliau menjelaskan, antara faktor kemerosotan industri perkayuan Sarawak adalah disebabkan peningkatan kos pembuatan, harga yang tidak kompetitif serta ketidakpastian pasaran dan ekonomi dunia.
"Atas faktor ini paling ketara Malaysia kehilangan kedudukan pasaran industri perkayuan kepada Indonesia dari segi import papan lapis ke Jepun bagi tahun 2020," katanya pada sidang media di Kuching.
Ujarnya lagi, pelan induk tersebut akan memberi fokus dalam membawa hala tuju industri perkayuan Sarawak ke arah pembangunan produk nilai tambah tinggi selari dengan objektif Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) pasca COVID-19.
Tambah Awang Tengah, pelan induk itu juga disasarkan selaras Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi mencapai pendapatan eksport RM8 bilion menjelang tahun 2030.
“Antara yang menjadi tumpuan adalah penerapan teknologi maju dan automasi dalam industri kayu untuk mencapai kadar pemulihan yang tinggi, produktiviti tinggi, kecekapan kos dan meningkatkan daya saing," katanya.
Fadilah Sulaiman
Mon Nov 23 2020

Antara faktor kemerosotan industri perkayuan Sarawak adalah disebabkan peningkatan kos pembuatan, harga yang tidak kompetitif serta ketidakpastian pasaran dan ekonomi dunia. - Foto Astro AWANI

Hina pengadil: Correa digantung lima perlawanan
Pemain antarabangsa Argentina itu dilayangkan kad merah langsung pada minit ke-88 ketika tumpas 1-2 kepada Getafe dalam La Liga.

Trump ulangi amaran kenakan lebih banyak tarif
Ancaman ini menandakan peningkatan lagi dalam perang perdagangan yang telah menggoncang pasaran kewangan.

Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

‘Tiada sesiapa usir rakyat Palestin’ dari Gaza - Presiden Trump buat ‘u-turn’
Kenyataan tersebut bercanggah dengan rancangan Trump sebelum ini yang mencadangkan AS mengambil alih Gaza, mengusir penduduk Palestin dan mengubahnya menjadi "Riviera" di Asia Barat.

Mohd Najwan tawar diri rebut jawatan Ketua PKR Shah Alam
Ia bagi memastikan PKR Shah Alam lebih agresif menjaga kesemua ahli termasuk di DUN Batu Tiga melalui kepimpinan baharu yang dinamik.

All England: Sze Fei-Nur Izzuddin lepasi halangan pertama
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani hanya ambil masa 37 minit untuk menewaskan pasangan Korea Selatan, Gi Jung-Sa Rang 21-17, 21-14.

Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China, peningkatan kos
Pengeluar kereta sport Jerman, Porsche, melaporkan keuntungan bersihnya merosot 30.3 peratus tahun ke tahun kepada EUR3.6 bilion (US$3.9 bilion) pada 2024, menurut agensi berita Jerman dpa.

Kanada kenakan tarif 25 peratus ke atas import tambahan US$2.9 bilion dari AS - Menteri Kewangan
Ia termasuk komputer, peralatan sukan dan produk besi tuang, kata Menteri Kewangan Kanada, Dominic LeBlanc pada Rabu.

LZS sasar kutipan zakat harta, fitrah RM208 juta sepanjang Ramadan
Jumlah RM208 juta itu meliputi RM163 juta zakat harta dan RM45 juta zakat fitrah.

Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan, Aidilfitri seluruh Pahang - JIM
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang sedang melaksanakan Inspektorat Penguatkuasaan di bazar Ramadan dan Aidilfitri seluruh negeri itu.

Sarawak bekerjasama dengan pakar Australia tangani kemerosotan industri perkayuan
Sarawak akan bekerjasama dengan syarikat pakar perunding pengurusan hutan dan perhutanan global dari Australia, Margules Groome bagi membantu industri perkayuan yang merundum akibat pandemik COVID-19.