KUCHING: Sarawak telah dipilih sebagai destinasi lawatan pelancong sempena Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2022 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hujung minggu ini, (9 dan 10 April).
Semasa pameran itu, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) bersama-sama 20 rakan industrinya akan mempamerkan mengenai tarikan budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan dan festival (CANFF) Sarawak, daripada aktiviti riadah hinggalah pakej pelancongan yang akan memacu adrenalin.
Ia termasuk aktiviti mengunjungi rumah panjang tradisional, menyelam, berkayak dan mendaki gunung.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor dalam kenyataan hari ini berkata penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, adalah tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara kerana semua pemain industri di negeri ini sudah bersedia untuk mengalu-alukan kedatangan pelancong untuk menikmati keunikan tersendiri dimiliki Sarawak.
"Kami berbesar hati dipilih sebagai destinasi pilihan untuk MATTA Fair buat kali ketiga. Sebagai pratonton kepada pengunjung tentang keunikan yang Sarawak tawarkan, reka bentuk gerai pameran kami akan diilhamkan daripada seni bina Muzium Budaya Borneo yang baru dibuka, dan terbesar di Malaysia serta kedua terbesar di Asia Tenggara yang merupakan destinasi wajib dikunjungi di Sarawak," katanya.
"Ia (MATTA Fair) adalah penting untuk pemulihan industri dan menandakan kita akan kembali mengharungi kehidupan normal, yang merupakan suatu langkah ke hadapan yang menarik. Industri ini perlu pulih dan kembali memacu perniagaan, serta ia adalah peluang terbaik untuk mempamerkan apa dapat ditawarkan Sarawak dan Malaysia," kata Sharzede.
Antara tarikan unik yang telah dipakejkan termasuk berbasikal pada malam hari sekitar bandar raya Kuching, menerokai pusat warisan Bung Jagoi, sebuah perkampungan Bidayuh lama yang ditubuhkan lebih 150 tahun lalu, melawat perkampungan pesisir pantai Sarawak dan Taman Negara Mulu, tapak Warisan UNESCO.
Di gerai Sarawak bernombor 4051-4071 berhampiran pintu masuk utama WTC Hall 4, pengunjung berpeluang menyertai teka-teki bertemakan Sarawak untuk membawa pulang hadiah unik seperti beg tangan kecil kaum Penan, bakul anyaman rotan asli atau kalungan manik.
Sempena Ramadan, STB juga akan memberikan Kek Lapis dan Bubur Pedas, menu tradisi tempatan orang Melayu Sarawak yang lazimnya dihidangkan semasa berbuka puasa.
Pengunjung ke gerai itu juga akan dihiburkan dengan himpunan muzik asli Sarawak oleh kumpulan muzik dunia kontemporari tradisional, At Adau, serta pelbagai persembahan tarian dan muzik oleh Majlis Kesenian Sarawak (SAC).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 08 2022

Penyertaan Sarawak dalam pameran pelancongan pengguna terbesar negara itu, tepat pada masanya susulan pembukaan semula sempadan negara. - Gambar fail

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

Sarawak mula dilanda banjir, situasi di Sabah semakin buruk
Di Sarawak, 35 penduduk dari empat kampung di Trusan, Lawas dipindahkan ke PPS yang dibuka di Dewan Trusan hari ini.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

Sembilan pakej LPB Sarawak Fasa 1 siap, dibuka kepada pengguna jalan raya
Status kemajuan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa 1 melibatkan sembilan pakej sepanjang 641 kilometer (km), telah siap sepenuhnya.

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

AirBorneo akan muktamad penjenamaan, adakan pertandingan cipta logo
AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Petronas terbuka kerjasama dengan Petros, tunggu perincian
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal terbuka untuk bekerjasama dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.