KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menaikkan tarif elektrik memandangkan negeri mampu untuk menjana tenaga menerusi empangan hidroelektrik, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata, peningkatan tarif elektrik antara lain hanya akan mengakibatkan aktiviti pelaburan di negeri ini terjejas.
"Sarawak mempunyai kekuatan dari segi tenaga elektrik, selain itu tarif (elektrik) kita pun tidak tinggi dan masih (menggunakan) harga lama. Kalau harga elektrik tinggi, pelabur tidak akan masuk dan kontraktor pun akan mengalami kesusahan untuk membayar bil elektrik yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Sarawak kali ke-24, di sini, pada Jumaat.
Abang Johari berkata, penambahan projek empangan hidroelektrik di Sarawak yang kini dalam proses pembinaan seperti Empangan Trusan di Lawas dan Empangan Baleh di Kapit akan meningkatkan sumber tenaga elektrik di negeri ini.
Pada Jumaat, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik susulan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis, 2023, di bawah pelaksanaan mekanisme Pelepasan Kos-Kos Tidak Seimbang (ICPT).
Beliau berkata, ia merangkumi 99 peratus daripada pengguna domestik, di Semenanjung Malaysia.
Pada Feb lepas, Abang Johari mengumumkan kerajaan negeri bersetuju melanjutkan diskaun bil elektrik, melibatkan pengguna domestik, komersial dan industri menerusi Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) sebanyak lima hingga 25 peratus sehingga bulan ini. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023
Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk menaikkan tarif elektrik memandangkan negeri mampu untuk menjana tenaga menerusi empangan hidroelektrik, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail BERNAMA
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Singapura turun tarif elektrik, gas bermula Januari hingga Mac 2025
Isi rumah yang dibekalkan oleh SP Group bakal menyaksikan pengurangan tarif elektrik sebanyak 3.4 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik Semenanjung sehingga kini - Fadillah
Tiada sebarang keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dibuat sehingga kini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
85 peratus tidak terjejas perubahan kadar tarif elektrik - TNB
Sebanyak 85 peratus pemegang akaun domestik iaitu sekitar 7.5 juta orang tidak akan terjejas dengan sebarang perubahan kadar tarif elektrik dan masih dilindungi kerajaan sehingga Jun 2025.
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
Tiada kenaikan tarif elektrik untuk semua pengguna sehingga hujung tahun - Petra
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini.
SESB tidak punya kuasa naik, luluskan tarif elektrik di Sabah - Pengerusi
Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau hari ini berkata syarikat itu tidak mempunyai kuasa untuk menaik atau meluluskan tarif elektrik di negeri itu.
Peniaga kecil lega tidak terjejas dengan pelarasan tarif elektrik
Pelarasan tarif elektrik di Semenanjung mulai tahun depan tidak menjejaskan peniaga kecil dan hanya melibatkan pengguna bekalan tinggi.
Pantau penggunaan elektrik, elak membazir
Penjimatan dengan pengurangan jam penggunaan antara cara paling mudah bagi pengurangan bil elektrik namun memerlukan komitmen pengguna.