KUCHING:Kerajaan negeri Sarawak terus komited mengekalkan kelestarian alam sekitar dengan menetapkan tujuh juta hektar untuk sektor perhutanan menerusi Dasar Guna Tanah Negeri.
Ia melibatkan enam juta hektar bagi kawasan hutan kekal dan satu juta hektar sebagai kawasan terlindung sepenuhnya.
Inisiatif itu diumumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semasa sesi penggulungan Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Jumaat.
“Pada masa kini, litupan hutan di Sarawak adalah 63 peratus yang merupakan tertinggi di Malaysia.
“Di samping itu, Sarawak telah mewartakan 46 taman negara, 15 rizab semula jadi dan lima sanktuari hidupan liar dengan keluasan 2.1 juta hektar yang merangkumi kawasan tanah dan air,” katanya.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua, turut mengumumkan inisiatif memperluaskan kawasan Heart of Borneo (HOB) daripada 2.1 juta kepada 2.7 juta hektar yang mengunjur dari Lawas ke Tanjung Datu, Kuching.
Pelaksanaan inisiatif ini adalah bagi memanfaatkan aktiviti eko-pelancongan, penyelidikan dan pembanguna serta projek sosio ekonomi komuniti.
Antara lain, kerajaan negeri menetapkan kesemua lesen pembalakan jangka panjang menerima Pensijilan Pengurusan Hutan menjelang 2022 sementara Pelesen Ladang Hutan pada 2025.
Langkah ini bagi memastikan hutan di negeri itu diurus dengan mampan dan memenuhi piawaian antarabangsa agar produk kayu dapat dipasarkan secara kompetitif.
Astro Awani
Fri Nov 13 2020

Kerajaan negeri menetapkan kesemua lesen pembalakan jangka panjang menerima Pensijilan Pengurusan Hutan menjelang 2022 sementara Pelesen Ladang Hutan pada 2025. FOTO: BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

18 muka baharu, saiz menteri jadi tumpuan di DUN Sarawak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijadualkan bersidang pada 14 hingga 16 Februari ini, tanpa istiadat perasmian.

Sarawak komited pelihara tujuh juta hektar kawasan hutan
Kerajaan Negeri Sarawak komited mengekalkan kelestarian alam sekitar dengan menetapkan tujuh juta hektar untuk sektor perhutanan menerusi Dasar Guna Tanah Negeri.

Kos pembinaan satu kilometer jalan raya di Sarawak RM4 juta hingga RM12.5 juta
Kos anggaran bagi pembinaan satu kilometer jalan raya di Sarawak menelan belanja di antara RM4 sehingga RM12.5 juta.