KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer itu yang akan memiliki jalan susur dari Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada Januari 2027.
"Menggunakan jalan ini akan memendekkan jarak perjalanan kira-kira 50 kilometer di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual.
Uggah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata jalan itu akan melalui kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian dan Pakan.
Beliau berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Open telah meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya itu di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri.
Terdahulu, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik mengadakan lawatan tapak bagi memantau kemajuan pembinaan jalan raya itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023
![Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702555171_TBSaratok.jpg)
Uggah berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual. - Gambar Bernama
[TERKINI] Harga lantai belian padi diselaras RM1,500 per tan metrik berkuat kuasa Ahad ini
Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 per tan berbanding RM1,300 per tan berkuat kuasa Ahad ini.
![Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739429986_tbFahmiFadzilDewan.jpg)
Facebook lubuk iklan judi, 224,403 kandungan diturunkan sejak 2022 - Fahmi
Sebanyak 5,026 laman sesawang perjudian telah disekat, manakala 224,403 kandungan berkaitan perjudian dalam talian di platform media sosial diturunkan sejak tahun 2022 hingga 1 Februari lalu.
AWANI Ringkas: PPR: RM185 juta diperuntuk baik pulih
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739427948_tbAnwarIbrahimmel.jpg)
PPR: Peruntukan RM185 juta untuk projek baik pulih - PM
Kerajaan telah memperuntukkan RM185 juta untuk projek baik pulih 358 Program Perumahan Rakyat (PPR) seluruh negara tahun ini.
![4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan 4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739429620_TBTaiwanExplosion.jpg)
4 maut dalam letupan pusat beli-belah Taiwan
Insiden berlaku sekitar jam 11.30 pagi dan dipercayai berpunca daripada letupan gas membabitkan kerja-kerja perobohan di tingkat 12.
"Sebab itu Machang tidak maju" - PM Anwar
Perdana Menteri menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Machang mengenai isu kejatuhan saham ekonomi negara.
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“Saya akan kaji beberapa keperluan untuk Machang supaya Machang boleh maju sedikit lagi"katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
![Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739428519_tbAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan sentiasa kenal pasti ikhtiar baharu pastikan Malaysia destinasi pelaburan - PM Anwar
Kerajaan sentiasa mengenal pasti ikhtiar baharu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan menarik dan berdaya saing, kata Perdana Menteri.
![Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739427472_TBRafizi.jpg)
Kementerian Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli pada tahun ini - Rafizi
Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga 2025 dalam usaha meningkatkan pelaburan dalam sektor berkenaan.
![Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739426994_tbkemalanganmautt.jpg)
Nahas motosikal terbabas: Lelaki maut selepas 18 jam bertarung nyawa
ACP Abdul Rozak Muhammad berkata lelaki tempatan berusia 21 tahun itu meninggal dunia pada 1.10 pagi tadi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.
![Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702555171_TBSaratok.jpg)
Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.