KUCHING: Kerajaan Sarawak bercadang untuk mewujudkan kursus Bahasa Iban di universiti tempatan bagi memudahkan anak tempatan mempelajari bahasa itu dengan lebih mendalam.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, bagi merealisasikannya, beliau akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.
"Perlu dibincangkan dengan teliti supaya ia ditubuhkan dengan teratur dan terancang.
"Saya difahamkan kursus Bahasa Iban hanya ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), selain itu agak sukar untuk mencari pensyarah yang mahir sebab agak jauh," katanya selepas majlis pelancaran kamus terjemahan Inggeris-Iban di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, di sini, hari ini.
Dalam ucapannya di majlis itu, Uggah berkata, penerbitan kamus terjemahan English-Iban itu merupakan hasil usaha pensyarah-pensyarah Jabatan Pengajian Bahasa Iban, IPG Kampus Rajang bersama Dr Lambat Lindong selaku penyelaras projek.
"Selari dengan kehebatan Malaysia yang dikenali di persada antarabangsa terbina atas kerukunan pelbagai bangsa, maka masyarakat Iban boleh menonjolkan keunikan bahasa mereka kepada masyarakat antarabangsa.
"Penerbitan kamus terjemahan ini juga membuka peluang kepada mereka yang berminat dalam penulisan yang berkaitan dengan akademik, budaya, keagamaan dan seumpamanya, kerana penulis boleh memilih perkataan-perkataan yang lebih sesuai mengikut keperluan penulisannya," katanya.
Jelasnya, kamus terjemahan yang mengandungi 698 muka surat menyajikan pilihan perkataan yang cukup banyak untuk disesuaikan dengan bentuk penulisan mahupun penggunaannya dalam pertuturan seharian.
- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024

Kerajaan Sarawak bercadang untuk mewujudkan kursus Bahasa Iban di universiti tempatan bagi memudahkan anak tempatan mempelajari bahasa itu dengan lebih mendalam, kata Douglas Uggah. - Gambar fail Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.