MIRI: Sarawak berkemungkinan akan membekalkan air bersih kepada jirannya Sabah dan wilayah Kalimantan di Indonesia sekiranya mempunyai lebihan bekalan pada masa akan datang.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, hal itu dapat dilakukan sekiranya pengurusan air dapat dilakukan dengan efisien apabila selesainya Program Grid Bekalan Air Sarawak pada 2025 kelak.
Beliau berkata, pengurusan air Sarawak pada masa itu nanti akan diletakkan di bawah satu operator berbanding tiga entiti pada masa ini iaitu Lembaga Air Kuching (LAK), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU).
Menurut beliau, melalui kawal selia bekalan air di bawah unit tunggal itu kelak, Sarawak akan mempunyai data pusat bagi pengurusan bekalan yang efisien dan menjurus kepada lebihan bekalan air.
"Kalau boleh urus dengan baik, kita akan ada lebihan air yang dapat kita kongsikan dengan orang lain," katanya semasa berucap sebelum merasmikan majlis pecah tanah Pejabat Korporat Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Management Sdn Bhd di sini hari ini.
Abang Johari berkata, penyediaan infrastruktur bekalan elektrik dan air di Sarawak menjadi prasyarat kepada usaha mencapai status wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Kerajaan katanya menekankan pelaburan di dalam bekalan air dan elektrik itu bagi meningkatkan keluaran dalam negeri kasar daripada RM130 bilion yang direkodkan pada 2019 kepada RM280 bilion pada 2030.
"Inilah juga yang kita tekankan bagi strategi ekonomi pasca COVID-19. Syukur, Alhamdulillah, kita telah menyiapkan pelan dasar sehingga 2030," katanya.
Mengenai COVID-19, ketua menteri itu mengingatkan rakyat Sarawak agar terus mematuhi SOP bagi mencegah penularan wabak tersebut meskipun sudah mencapai imuniti kelompok 80 peratus.
Beliau turut menyaksikan majlis penyerahan Takungan Air Bukit Selatan oleh Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) kepada LAKU Management Sdn Bhd.
Projek yang dilaksanakan selama 18 bulan dan siap Jun lepas itu dapat menakung air mentah dengan kapasiti 27 juta liter sehari (MLD) bagi bekalan air untuk kawasan bandar Miri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
ABANG JOHARI: Kalau boleh urus dengan baik, kita akan ada lebihan air yang dapat kita kongsikan dengan orang lain. - Bernama
Bencana banjir di tiga daerah Sabah pulih dan diisytiharkan tamat
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini. dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Suami isteri maut, kenderaan bertembung treler
Suami isteri maut, manakala dua anak cedera dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama di Gua Musang.
Terburuk pernah berlaku di Kota Marudu- Penduduk
Mangsa banjir di Kota Marudu yang ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SMK Bandau menyifatkan banjir kali ini adalah yang terburuk pernah menimpa kampung mereka.
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid pulih
Kota Marudu, Kota Belud dan Telupid diisytiharkan pulih daripada banjir hari ini dan semua penduduk yang terjejas di ketiga-tiga daerah itu telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Banjir di Kota Marudu antara terburuk pernah berlaku - Penduduk
Banjir yang melanda beberapa kampung di daerah ini susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lepas disifatkan penduduk antara yang terburuk pernah berlaku.
Perkembangan terkini di Sarawak
Perkembangan terkini situasi banjir di Sarawak bersama wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman.
Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.
Banjir Sabah dan Sarawak: Bank Muamalat tawar moratorium hingga enam bulan
Bank Muamalat Malaysia Berhad menawarkan bantuan khas banjir kepada pelanggan yang terjejas dengan banjir di Sabah dan Sarawak.
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak
MetMalaysia pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di lapan kawasan di Sarawak hingga Jumaat ini.
Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.
Banjir: Empat PPS baharu dibuka di Serian, hujan luar biasa terus turun
Sehingga jam 6 pagi, sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) berkaitan banjir telaah dibuka, membabitkan 473 mangsa.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak kekal 123 orang
Setakat 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.