Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM1.5 bilion untuk Lembaga Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) untuk mempercepatkan projek infrastruktur di kawasan tanah tinggi Bahagian Miri.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embah berkata dengan adanya lebih banyak kesalinghubungan seperti jalan raya dan kemudahan lain di kawasan tanah tinggi, kerajaan negeri merancang untuk membuka lebih banyak aktiviti pertanian yang boleh menjana lebih banyak pendapatan.
"Setakat ini, kami telah memperuntukkan sejumlah RM345.9 juta untuk empat projek jalan raya dan satu jambatan, kami juga membelanjakan RM20 juta untuk projek bekalan air untuk Long Silat dan Long Jekitan," katanya pada sesi bertemu rakyat di Kampung Long Jeeh, Baram di sini pada Selasa.
Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata untuk projek pertanian, salah satu tumpuan utama adalah penanaman tanaman makanan dan untuk memastikan kejayaan projek, ia akan melibatkan penyertaan sektor swasta.
"Kami akan membantu pekebun kecil dan kami akan membawa syarikat-syarikat besar serta menanam tanaman seperti durian, pisang, kopi, nanas dan lain-lain untuk eksport," katanya.
Mengenai perkembangan lain, Uggah menafikan dakwaan oleh pihak-pihak tertentu bahawa kerajaan negeri berhasrat untuk "merampas" Tanah Adat Bumiputera melalui kajian perimeter yang sedang dijalankan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
"Operasi (kajian perimeter) adalah untuk mengenal pasti tanah NCR mereka dari tanah kerajaan negeri," katanya sambil menambah kajian itu akan diperluaskan ke kawasan lain di Baram.
Mengenai cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau berkata, Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengulangi pendiriannya untuk menolak cadangan itu kerana ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat terutama di rumah panjang dan kampung-kampung luar bandar.
Pada majlis yang sama, Uggah meluluskan geran RM20,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampong Panjang Jeeh serta mengedarkan benih durian Durian Musang King kepada pemmpin komuniti di kawasan tersebut.
Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Gerawat Gala.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019
Uggah berkata, Gabungan Parti Sarawak tetap menolak cadangan penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung oleh kerajaan PH kerana ia akan menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat. - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Banjir Sarawak: 13 sekolah dan kampung di pedalaman Miri dinaiki air
Sekurang-kurangnya 13 buah sekolah dan beberapa kampung di pedalaman Miri dinaiki air susulan hujan berterusan sejak Jumaat malam.
Ubah modus operandi, penduduk pedalaman sukar dapatkan BPN - Ahli Parlimen Baram
Penduduk di pedalaman ada yang terpaksa sewa bot dan penginapan dengan harga yang tinggi bagi mendapatkan Bantuan Prihatin Nasional.
Petronas jalankan penilaian struktur pelantar susulan insiden Dayang Topaz
Syarikat minyak negara itu berkata penilaian menyeluruh terhadap struktur pelantar itu sedang dilakukan.
Doa Nurul Izzah, Anwar buat Allahyarham Cikgu Nur Anisah
Nurul Izzah mendoakan agar Allah mengurniakan syurga firdaus kepada Allahyarham Nur Anisah yang beliau anggap sebagai pendidik tersayang.
Enam menara komunikasi baru dibina di Baram
Enam menara telekomunikasi baharu sedang dibina di Parlimen Baram dalam usaha menambah baik perkhidmatan jalur lebar di kawasan tersebut.
Masalah bekalan air bersih di Long Bedian selesai
Projek bekalan air Long Bedian yang siap pada 11 Februari lalu beri manfaat kepada lebih 400 isi rumah, sekolah dan klinik.
Pemuzik Alena Murang seru masyarakat bantu mangsa kebakaran melalui konsert digital
Dana yang berjaya diraih melalui konsert tersebut akan disalurkan kepada mangsa kebakaran rumah panjang Belukun, Long Sela'an di Baram, Miri.
Sarawak percepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi
Dengan adanya lebih banyak kesalinghubungan seperti jalan raya dan kemudahan lain di kawasan tanah tinggi, kerajaan negeri merancang untuk membuka lebih banyak aktiviti pertanian.
Pilihanraya Sarawak: Pembangunan inklusif bukan sekadar janji 'manis dibibir' Najib
Pembangunan yang bersifat inklusif oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sekadar menabur janji manis atau retorik politik tetapi disusuli dengan perancangan yang jelas.
'Empangan di Sarawak mampu bertahan gempa lebih besar daripada di Sabah'
Sarawak Energy beri jaminan projek-projek tenaga hidro syarikat itu direka berdasarkan piawaian teknikal antarabangsa tertinggi bagi reka bentuk empangan.