KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim, perabot serta industri berasaskan buluh dan kayu kejuruteraan bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, langkah pemerkasaan itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk mentransformasi industri perkayuan negeri yang pada masa ini masih tertumpu kepada eksport produk utama.
"Justeru, pemain industri perkayuan disyorkan untuk lebih komited melaksanakan transformasi aktiviti dan operasi mereka ke arah pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi dengan menggunakan lebih banyak bahan-bahan mentah dari ladang hutan dan buluh," katanya.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sumbangan Tahunan Perbadanan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA), di sini, pada Khamis.
Menurutnya, industri biojisim mempunyai potensi yang besar untuk diteroka dalam pembangunan ekonomi hijau.
"Produk biojisim seperti kayu pelet, biochar dan arang briket mempunyai permintaan tinggi di pasaran global kerana ia merupakan bahan bakar yang lebih mesra alam berbanding bahan bakar fosil," katanya.
Awang Tengah berkata, pengeluaran pelet kayu dari Sarawak meningkat sebanyak 130 peratus daripada 35,522 metrik tan pada 2022 kepada 81,800 metrik tan pada 2023.
Jepun, Perancis dan Korea Selatan merupakan pengimport utama produk kayu ini yang juga berpotensi besar untuk menjana tenaga hijau di Sarawak, selari dengan dasar tenaga hijau kerajaan negeri.
"Dalam masa yang sama, pemain industri perkayuan disaran untuk mengadaptasikan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) yang menekankan penggunaan teknologi automasi dan digital untuk lebih berdaya tahan," katanya.
Beliau berkata PUSAKA telah mewujudkan Engineered Wood Product Blueprint sebagai garis panduan pembangunan industri kayu kejuruteraan di Sarawak, selain melaksanakan inisiatif penyelidikan dan pembangunan produk secara kerjasama pintar dengan institusi penyelidikan dan pengajian tinggi tempatan dan luar negeri.
"PUSAKA juga menyediakan Pelan Pembangunan Industri Buluh Sarawak bagi membangunkan industri ini dengan lebih terancang. Nilai eksport global produk berasaskan buluh berjumlah US$68 bilion pada 2022 dan dijangka berkembang pada kadar empat peratus setahun," katanya. - BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024

Awang Tengah berkata, pengeluaran pelet kayu dari Sarawak meningkat sebanyak 130 peratus daripada 35,522 metrik tan pada 2022 kepada 81,800 metrik tan pada 2023. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.

Platform pengurusan pusaka digital elak masalah pembahagian harta - MiiM
MiiM i-Sayang menyediakan solusi lebih komprehensif bagi memudahkan orang ramai melakukan pewarisan secara mudah dan sah dengan hanya di hujung jari.

Basikal buluh buatan Sarawak akan masuk pasaran China tahun ini
Basikal buluh akan dibuat menggunakan buluh tempatan dikenali sebagai 'Bambusa Nana' yang kukuh.

Anak yang tertukar, wajib untuk tukar kembali bin/binti - Mufti Kelantan
Anak sebenar itu mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan oleh bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.

Kerajaan perlu tegas martabatkan bahasa Melayu - U-Wei
U-Wei berkata negara-negara jiran berjaya menyatukan rakyat mereka dengan penggunaan satu bahasa iaitu bahasa ibunda mereka.