MIRI: Sarawak perlu mengorak langkah ke arah melahirkan lebih ramai pakar arkeologi tempatan selari dengan usahanya mempromosikan sektor pelancongan geowarisan di peringkat antarabangsa.
Ia penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada pakar luar khususnya dalam pelbagai bidang khazanah.
Pakar Arkeologi dan Penasihat Khazanah Antarabangsa Profesor Dr Darren Curneo berkata untuk itu Sarawak perlu membangunkan pusat kecemerlangan penyelidikan sejarah tamadun manusia sebagai platform pembangunan bakat tempatan.
“Saya sedang bekerjasama dengan pihak Perbadanan Hutan Sarawak untuk membangunan sebuah fasiliti atau pusat kecemerlangan penyelidikan di Niah dan idea ini akan menyediakan sebuah kemudahan untuk kita melatih pelajar dan kakitangan tempatan dalam bidang arkeologi, pengurusan khazanah serta pemuliharaan.
“Ia sekali gus memberi jaminan kepada penduduk tempatan bahawa mereka mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang arkeologi, pra-sejarah dalam khazanah kebudayaan dalam masa yang sama bekerjasama dengan pelbagai komuniti,” katanya.
Kata Dr Curnoe, penghasilan pakar dalam bidang berkaitan itu penting selaras dengan pengiktirafan Taman Negara Niah sebagai tapak warisan dunia keenam di Malaysia menjelang 2024.
Menurutnya sumber khazanah dan alam semula jadi yang masih terpelihara di Sarawak merupakan lubuk kepada industri pelancongan geo-warisan mampan dari sudut ekonomi dan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Mengambil contoh di Australia katanya ia memiliki program sains rakyat bagi melaksanakan penyelidikan saintifik yang juga melibatkan komuniti setempat.
“Di sini (Taman Negara Niah) mungkin kita boleh anjurkan program mengkaji spesis burung atau monyet, orang awam akan datang ke taman negara ini untuk melakukan aktiviti,” katanya.
Sementara itu senada dengan Dr Curnoe, Pengurus Perhubungan Antarabangsa SFC, Rambli Ahmad berkata Sarawak memerlukan lebih ramai penyelidik tempatan dalam menjalankan kajian berkaitan biodiversiti dan arkeologi.
Tidak dinafikan katanya tenaga pakar khusus dalam bidang tersebut masih kurang dan sudah tiba masanya untuk Sarawak melaksanakan pembangunan bakat dari generasi baharu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Persidangan Antarabangsa Untuk Pencalonan Taman Negara Niah Sebagai Tapak Warisan Dunia di Miri pada Selasa.
Shafik Ahmad
Tue Sep 06 2022

Dr Curneo berkata, ia penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada pakar luar khususnya dalam pelbagai bidang khazanah.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Sarawak perlu lahirkan lebih ramai pakar arkeologi tempatan
Sarawak perlu mengorak langkah ke arah melahirkan lebih ramai pakar arkeologi tempatan selari dengan usahanya mempromosikan sektor pelancongan geowarisan di peringkat antarabangsa.