Selain perjuangan gigih untuk memastikan hak Sarawak dikembalikan, satu lagi isu penting yang perlu diketengahkan adalah keperluan untuk mewujudkan tadbir urus kerajaan yang baik, kata Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen.
"Andainya lebih banyak hak dikembalikan kepada Sarawak sekalipun, tapi sekiranya tiada langkah anti rasuah diambil, maka lebih banyak wang dari kekayaan kita akan pergi kepada golongan elit dan mereka yang berkuasa," katanya ketika ditemui Bernama di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Sarawak dan Asean di sini pada Khamis.
Yii merupakan salah seorang penceramah dalam sesi "The New Sarawak In A New Malaysia - What Lies Ahead?" (Sarawak Baharu dalam Malaysia Baharu - Ada apa Di hadapannya?), selain pengarah Institut Asia, University of Tasmania Prof. Dr James Chin dan Timbalan Dekan (Penyelidik dan Post graduate) Dr. Arnold Puyok; dengan Pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang selaku moderator.
Menurutnya dalam memastikan kekayaan terpelihara, langkah-langkah anti rasuah dan tadbir urus baik perlu ada, dan diwujudkan seiring dengan pengembalian hak Sarawak sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Merujuk kepada kritikan berhubung kandungan wakil dari Sarawak dalam jawatankuasa pemandu bagi mengembalikan hak Sabah dan Sarawak sebagaimana termaktub dalam MA63, Yii berkata semua pihak perlu melihat Sabah dan Sarawak sebagai satu blok.
Beberapa media tempatan sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyuarakan kebimbangannya apabila komposisi jawatankuasa itu dilihatnya sebagai "tidak seimbang".
BACA: Bincang MA63 berdasarkan IGC - Abang Johari
BACA: Sabah, Sarawak diangkat kembali jadi 'rakan sekutu' dalam Malaysia
"Kritikan semasa kini adalah merujuk kepada jawatankuasa pemandu itu kerana hanya ada tiga wakil dari Sarawak dalam jawatankuasa berkenaan, tapi saya rasa kita perlu melihat Sabah dan Sarawak sebagai satu blok," katanya.
"Lapan wakil dari Semenanjung Malaysia adalah menteri kabinet dan mereka berada dalam jawatankuasa itu kerana keputusan yang akan diambil akan memberi kesan kepada kementerian yang berbeza, dan para menteri itu perlu ada dalam jawatankuasa berkenaan untuk membuat sebarang pengubahsuaian yang perlu berdasarkan kepada apa yang dibincangkan," katanya.
Oleh itu, kata Yii, beliau tidak bersetuju sekiranya ada yang berpendapat wujud konspirasi atau rancangan oleh kerajaan persekutuan untuk sengaja mengecilkan jumlah wakil dari Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa itu, tapi melihat ia lebih kepada soal teknikal dalam menguruskan jawatankuasa berkenaan.
"Kita lihat diri kita (Sabah and Sarawak) sebagai satu blok, dan kita memiliki peranan rundingan setara, dan kita juga perlu lihat Sabah sebagai rakan kongsi kerana saya rasa Sabah juga tidak mahu haknya turut diambil," katanya.
"Saya dapat rasakan permulaan yang baik di sini kerana buat kali pertama ada perbincangan dua pihak, dan bukannya hanya melibatkan perbincangan ahli politik sahaja, tapi juga ahli akademik, penjawat awam... semuanya boleh memberikan input," tambahnya.
BACA: Kepentingan Sabah, Sarawak sudah cukup terabai - Tun M
Yii berkata malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri berkata beliau ingin mengembalikan status Sabah dan Sarawak dengan meminda Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
"Sudah tentu kita perlukan majoriti dua pertiga, tapi itu bukanlah satu-satunya langkah yang akan diambil dalam merujuk soal Artikel 1(2)," katanya dan menambah banyak pindaan diperlukan dalam pelbagai peruntukan yang terkandung didalamnya.
Sementara itu merujuk kepada belanjawan yang akan dibentang di Parlimen hari ini, Yii berkata beliau ada bercakap dengan Menteri kewangan Lim Guan Eng pada Rabu yang memberi jaminan bahawa peruntukan pembangunan buat Sabah dan Sarawak akan menjangkau hampir kepada 30 peratus.
Yii menganggap ia sebagai permulaan yang baik oleh kerajaan Pakatan Harapan dari segi memberi lebih banyak keutamaan kepada Sabah dan Sarawak untuk membetulkan pembangunan yang tidak samarata yang dialami oleh dua negeri itu selama ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 01 2018

Yii tidak setuju dengan pandangan wujud konspirasi kerajaan persekutuan untuk sengaja mengecilkan jumlah wakil dari Sabah dan Sarawak dalam jawatankuasa jawatankuasa pemandu bagi mengembalikan hak negeri-negeri itu. Facebook Kelvin Yii Lee Wuen
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Nuzul al-Quran: Elak bertunjangkan Barat, Sarawak corak acuan pembangunan inklusif
Abang Johari menegaskan, apa yang jelas kelihatan saat ini ialah, tamadun dan kebudayaan Barat sedang melalui proses penurunan.

Sebuah lagi Muzium Budaya Borneo akan dibina di Bintulu - Abang Johari
Abang Johari berkata bahagian Bintulu mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang perlu dikongsikan kepada umum.

Sarawak perlu lebih ramai jurutera kimia - Abang Johari
Kepakaran dalam bidang itu amat diperlukan di Sarawak dengan adanya dua cadangan pelaburan petrokimia di Bintulu.

GPS mahu menang semua kerusi PRU15 - Abang Johari
Jika semuanya menepati ramalan, tugas memenangi kesemua kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Sarawak boleh tercapai.

Abang Johari beri penghargaan kepada Jaul Samion
Jaul antara yang terlibat membantu beliau apabila dilantik mengetuai kementerian baharu bagi menggalakkan perindustrian di Sarawak.

Sarawak fokus dua tunjang utama ekonomi, penuhi permintaan 8 bilion populasi dunia
Sarawak akan fokus kepada dua peluang ekonomi paling utama iaitu pembangunan ekonomi hijau dan memantapkan sumber bekalan makanan.

SEDC penting dalam pembangunan tenaga boleh diperbaharui - Abang Johari
Ia selaras dengan agenda negeri ke arah menggalakkan tenaga hijau menjelang 2030.

Jenaka 'restroom, four push two' Abang Jo geletek hati perwakilan PBB
Beliau mengulangi keperluan menguasai Bahasa Inggeris tanpa menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Abang Jo beri bayangan Ahmad Johnie dicalonkan semula di Igan
Abang Johari berkata, secara tradisi, kerusi tersebut sememangnya milik parti PBB, yang menerajui gabungan GPS.

Penjawat awam Sarawak bebas guna bahasa Inggeris dalam urusan rasmi
Pendirian ini adalah mengikut Perlembagaan Sarawak yang mana kedua-dua bahasa boleh digunakan dalam urusan rasmi.