Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukkan kira-kira RM60 juta bagi membiayai kos operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bagi membendung jangkitan COVID-19.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata bantuan operasi itu termasuk perolehan alat pelindung diri (PPE) tambahan, ujian PCR, makanan untuk petugas barisan hadapan, bantuan makanan untuk komuniti terjejas dan hotel percuma untuk individu di bawah pengawasan (PUS) atau pesakit di bawah siasatan (PUI) di Sarawak.
Uggah, yang juga Pengerusi JPBN, berkata peruntukan itu juga bagi membiayai pos keselamatan sempadan, peruntukan kepada Jabatan Kesihatan dan pembelian pelitup muka percuma untuk semua rakyat Sarawak.
Mengulas Program Kepolisan Komuniti yang dilancarkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Jumaat, beliau berkata ia selaras dengan prinsip bantu diri, bantu keluarga, bantu jiran, bantu masyarakat, kita jaga kita dan kita jaga Sarawak.
Uggah berkata program itu akan memberi kuasa kepada pemimpin masyarakat menguruskan COVID-19 di daerah masing-masing selain bertindak sebagai mata dan telinga kepada agensi penguat kuasa dalam menangani masalah sosial dan jenayah.
"Strategi ini juga sesuai untuk menangani pelbagai jenis bencana lain yang tiada kaitan dengan COVID-19 termasuk penyakit seperti denggi, malaria, rabies, penyalahgunaan dadah dan hal-hal keselamatan terutama yang berkaitan dengan kawalan sempadan dan pantai, bencana alam seperti banjir, kebakaran, tanah runtuh dan lain-lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020

Uggah berkata, Program Kepolisan Komuniti memberi kuasa kepada pemimpin masyarakat menguruskan COVID-19 di daerah masing-masing. - Gambar
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.