Sarawak merancang untuk memodenkan urusan pembelian tiket bot ekspres kepada sistem e-tiket pada masa akan datang.
Menteri Muda Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil berkata, ia adalah untuk memudahkan orang ramai membeli tiket-tiket bot ekspres dan tidak perlu bersesak di kaunter-kaunter tiket di terminal penumpang seperti sekarang terutama pada musim-musim perayaan.
Menurutnya, selain itu pembelian tiket dalam talian boleh mengelakkan pengusaha-pengusaha bot ekspres yang beroperasi di negeri ini membawa penumpang berlebihan sehingga membahayakan nyawa mereka.
"E-Tiket ini adalah sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri untuk memodenkan sistem pengangkutan perkhidmatan awam sungai di negeri ini tetapi memerlukan masa melaksanakannya sebab bergantung kepada prasarana internet," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mewakili Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr James Jemut Masing merasmikan kempen keselamatan pengangkutan sungai sempena operasi perayaan Hari Gawai, Hari Raya dan Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan 2018 di Terminal Penumpang Sibu di sini hari ini.
Masing dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Dr Jerip berkata, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) akan mengadakan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di lokasi strategik seluruh Sarawak sempena cuti perayaan dan cuti persekolahan tersebut.
Katanya, fasa satu operasi perayaan Hari Gawai akan diadakan dari 25 hingga 31 Mei dan fasa kedua perayaan itu serta fasa pertama operasi perayaan Hari Raya Aidilfitri akan diadakan dari 8 hingga 10 Jun.
Fasa kedua operasi perayaan Hari Raya adalah dari 22 hingga 24 Jun dan operasi-operasi tersebut akan melibatkan seramai 196 anggota penguat kuasa dan kakitangan LSS dengan 18 buah bot penguat kuasa.
Selain itu beliau berkata, operasi tersebut akan diperkuatkan dengan penglibatan 67 anggota daripada PDRM, Pasukan Polis Marin, Jabatan Laut Wilayah Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sarawak (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Sarawak dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak.
"Operasi bagi memastikan keselamatan penumpang ini akan dibuat secara statik (kawalan di terminal, dermaga dan jeti) dan sekatan serta rondaan sungai menggunakan bot laju.
"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap operator bot yang melanggar peraturan dengan mengenakan kompaun maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun May 20 2018

Sarawak merancang untuk memodenkan urusan pembelian tiket bot ekspres kepada sistem e-tiket pada masa akan datang. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.