KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang dalam proses merangka syarat serta keperluan yang akan dikenakan bagi pengiktirafan status peribumi di bawah Ordinan Tafsiran (Pindaan) 2022.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali berkata ordinan yang diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 Feb lepas telah disiarkan dalam Sarawak Gazette pada 25 Feb lepas.
Beliau berkata bagaimanapun Ordinan itu masih belum berkuat kuasa.
"Kerajaan negeri sedang dalam proses merangka syarat dan keperluan yang akan dikenakan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi pengiktirafan seseorang (yang merupakan warganegara dan anak kandung kepada seseorang daripada kaum pribumi Sarawak), sebagai peribumi Sarawak seperti yang termaktub dalam Ordinan berkenaan.
"Justeru bagi menjaga kedudukan dan hak istimewa peribumi Sarawak yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri perlu memastikan syarat dan keperluan itu adalah bersesuaian, munasabah, praktikal dan lebih penting lagi tidak berlebihan dengan syarat semasa, keperluan dan proses," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengarahkan agensi kerajaan yang berkaitan seperti Majlis Adat Istiadat Sarawak, Mahkamah Anak Negeri Sarawak, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama Jabatan Peguam Negara meneliti penggubalan syarat dan keperluan untuk dikenakan secara holistik.
"Apabila selesai, draf syarat dan keperluan itu akan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan.
"Setelah mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk pelaksanaan, Ordinan itu akan diwartakan untuk dikuatkuasakan," tambahnya.
Pada 15 Feb lepas Dewan Undangan Negeri Sarawak sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang Tafsiran (Pindaan) 2022 yang antara lain mengemas kini senarai kaum pribumi di Sarawak.
Pindaan itu dilakukan terutamanya untuk menambah 12 kaum tambahan dalam Jadual Ordinan Tafsiran dan untuk melaksanakan pindaan baru-baru ini dalam Fasal (6)(a) Perkara 161A Perlembagaan Persekutuan mengenai kaum pribumi Sarawak.
Tambahan 12 kaum yang disenaraikan itu melibatkan kaum Bagatan, Bakong, Bemali, Berawan, Dali, Lakiput, Jatti Miriek, Narom, Sa'ban, Tatau, Tring dan Vaie.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 14 2022

Sharifah Hasidah berkata ordinan yang diluluskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 15 Feb lepas telah disiarkan dalam Sarawak Gazette pada 25 Feb lepas. -Gambar fail/BERNAMA

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.

Kerajaan tegas tangani isu agama, pastikan keharmonian terpelihara - Ahmad Zahid
"Kita yakin Kerajaan MADANI berpegang kepada perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

Perhimpunan di Sabah: Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan - KPN
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas.

KPWKM terus perjuang pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan - Noraini
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus memperjuangkan pemerkasaan wanita mengikut lunas perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan.

KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Tahanan rumah timbulkan isu hak kesamarataan banduan - Peguam
Membenarkan Najib Razak menjalani tahanan rumah akan menimbulkan pertikaian mengenai hak layanan undang-undang sama-rata.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

UMNO akur titah Agong, batal Himpunan Solidariti Najib
UMNO tidak akan sesekali membelakangi Perlembagaan dan tetap menghormati apa jua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan sebagaimana Titah Yang di-Pertuan Agong.

Permohonan kerajaan batal saman Hindraf didengar hakim lain 14 Mei
Permohonan kerajaan untuk membatalkan saman pemula difailkan Hindraf berhubung pembatalan pendaftaran persatuan itu akan didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain, 14 Mei ini.