KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johori Tun Open Abang Johari menaruh harapan tinggi kepada atlet Sarawak untuk berusaha mencapai prestasi cemerlang bagi meraih kejayaan pada temasya Sukan Malaysia ke-21 (SUKMA XXI)) Sarawak 2024 pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Beliau berkata 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus menetapkan matlamat untuk mencapai kejayaan supaya bendera Ibu Pertiwi' megah berkibar tinggi seperti tiang bendera di Dataran Ibu Pertiwi.
"Kalau Sarawak sudah menjadi ekonomi yang kedepan dalam ekonomi hijau, pastikan juga sukan kita ke depan. Buat persediaan sebaiknya beri fokus," katanya pada majlis detik 100 hari menjelang SUKMA XXI di sini, pada Khamis.
Beliau berkata pesanan sama turut dilontarkan kepada 2,692 pegawai terlibat dalam penyediaan dan pengurusan poasukan.
Katanya acara-acara sukan yang dipertandingkan pada SUKMAXXI akan disiarkan secara langsung di saluran stesen TVS.
Hadir sama, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah serta Chef de Mission Sarawak pada SUKMA XXI, Datuk Gerald Rentap Jabu.
Sementara itu, Abdul Karim berkata selaku penganjur SUKMA XXI, Sarawak menetapkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan pada edisi kali ini selepas kali terakhir mengecapinya pada tahun 1994.
"Tempoh genap 30 tahun terlalu lama dan kita harus mengambil peluang sebagai tuan rumah kali ini untuk kembali bergelar juara keseluruhan,"katanya.
Menurutnya SUKMA XXI bakal menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara - 236 acara lelaki, 227 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita.
"Penganjuran SUKMA XXI Sarawak 2024 kali ini akan menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai termasuk kontinjen jemputan Brunei Darussalam," katanya .
Katanya temasya kali ini akan diadakan di sembilan bahagian di Sarawak - Kuching yang akan menganjurkan 25 jenis sukan, Samarahan (2), Serian (1), Sri Aman (1), Betong (1), Sibu (3), Mukah (3), Bintulu (3) dan Miri (6).
Sarawak menjadi tuan rumah temasya SUKMA 2024 buat kali ketiga selepas edisi 1990 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan. - Foto BERNAMA
Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta
Muhamad Faizal Aliar mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Kampung baru Cina antara produk pelancongan menjelang TMM 2026
Terdapat sebanyak 613 kampung baru Cina di seluruh negara dengan setiap kampung mempunyai keunikan masing-masing dari segi sejarah, seni dan budaya.
Pemilik syarikat didenda RM188,000 tipu mangsa tuntutan Perkeso
Mohamad Afizal Mohd Akhirudin, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas membuat pengakuan terhadap tujuh pertuduhan pilihan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.
Satu jam tahan kesakitan, pemandu lori tersepit dalam nahas di Kuala Krai
Mangsa tersepit berjaya dikeluarkan jam 6.51 pagi.
[TERKINI] Warga Gaza mula pulang ke kediaman melalui koridor Netzarim
Warga Gaza berpusu-pusu kembali ke kediaman masing-masing menerusi Koridor Netzarim susulan perjanjian gencatan senjata.
10 wakil peSAWAH serah memorandum kepada PMO
Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob dalam satu kenyataan berkata kenaikan harga itu penting bagi memastikan kelangsungan hidup pesawah dan menjamin bekalan makanan negara.
COO syarikat konsesi mengaku tidak bersalah terima suapan RM 70,000
Ketua Pegawai Operasi sebuah konsesi lebuh raya didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin kerana menerima dan meminta rasuah berjumlah RM70,000.
Presiden Indonesia Prabowo diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan negara yang berlangsung di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan lagu kebangsaan kedua-dua negara yang dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
AWANI Ringkas: Reformasi dalam UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
SUKMA 2026 di Selangor dijangka berlangsung Ogos - Exco
Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Selangor dijangka berlangsung pada bulan Ogos, kata Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
SUKMA 2024 berjaya capai sifar doping
Azura berkata hasil analisis itu baru sahaja diperoleh minggu ini sekali gus menyaksikan temasya SUKMA kali ini bebas doping.
SUKMA 2024: 'Selamat Jalai' Sarawak, jumpa di Selangor 2026
Sarawak mengucapkan 'Selamat Jalai' atau 'Selamat Tinggal' dalam bahasa Iban kepada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang menutup tirai hari ini.
SUKMA platform lahir atlet elit negara ke Olimpik - Hannah
Katanya, seorang atlet Olimpik tidak muncul begitu sahaja dan prestasi mereka adalah hasil usaha selama bertahun lamanya.
SUKMA 2024: Sarawak terus cemerlang, dahului carta kutipan pingat
Sarawak dengan semangat 'Agi Idup Agi Ngelaban' mengumpul keseluruhan lima emas pada Jumaat dengan tiga daripadanya menerusi taekwondo.
Atlet Sarawak raih emas SUKMA, Para SUKMA terima insentif RM15,000
Sarawak menyediakan insentif RM15,000 kepada atlet negeri itu yang berjaya meraih pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA kali ini.
Brunei cipta sejarah raih emas SUKMA selepas 10 tahun
Walid tampil dengan gerakan tangkas dan kemas di Dewan Wushu SSC di sini, berjaya memikat hati juri untuk menghadiahkan mata tertinggi 9.613.
Wushu hadiahkan Melaka pingat emas pertama SUKMA 2024
Atlet berusia 20 tahun itu meraih pungutan mata tertinggi 9.600 untuk mengatasi 16 lagi pencabarnya.
Nur Farah Aziera tekad bawa kilauan pingat pada penampilan terakhir di SUKMA 2024
Anak kelahiran Pontian berusia 21 tahun itu yakin dan optimis memberikan persembahan terbaik berbekal pengalaman serta latihan yang dilalui.