KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mengenai mekanisme yang lebih efektif untuk melakasanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negeri itu.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak bakal menentukan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang akan diwujudkan berdasarkan kesesuaian lokasi tersebut.
Beliau tidak menolak kemungkinan PICK untuk golongan remaja yang bermula Rabu ini akan menggunakan bangunan sekolah sebagai PPV bergerak.
"Para pakar dalam kementerian kita sedang menilai beberapa perkara termasuk untuk menyediakan infrastruktur yang sesuai dan lebih efektif.
"Ia sama ada kita menggunakan ruangan tempat khusus atau pasukan vaksinasi kita akan bergerak ke setiap sekolah untuk melaksanakan program imunisasi ini dan perkara ini sedang kita bincang dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak di sini pada Ahad.
Terdahulu, Pengerusi JPBN Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak akan melaksanakan PICK kepada seramai 240,000 golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negeri itu pada Rabu ini, 8 September 2021.
Keputusan itu dibuat susulan kelancaran pemberian vaksin di negeri itu yang kini sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya divaksin.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Sep 06 2021

Beliau tidak menolak kemungkinan PICK untuk golongan remaja yang bermula Rabu ini akan menggunakan bangunan sekolah sebagai PPV bergerak.

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Lebih 340,000 kanak-kanak di Malaysia terima dos pertama vaksin COVID-19
Sejumlah 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara pula telah menerima dos penggalak COVID-19.

Vaksin COVID-19: Lebih lapan peratus populasi kanak-kanak terima dos pertama
Jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,524,828 dos setakat semalam.

Langkah bijak untuk tidak gopoh vaksinasi kanak-kanak bawah 12 tahun - Pakar
Tindakan Menteri Kesihatan yang tidak gopoh membuat keputusan berkenaan perkara itu juga, adalah praktikal.

Buka sekolah: Filipina mula beri vaksin COVID-19 kepada remaja 12-17 tahun
Kerajaan merancang untuk membuka semula persekolahan secara bersemuka di 120 sekolah pada bulan depan.

90.9 peratus populasi dewasa kini lengkap divaksin
Sebanyak 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

COVID-19: Pfizer kemuka permohonan vaksin kanak-kanak 5-11 tahun
Permohonan kepada FDA itu dibuat susulan peningkatan penularan kes dalam kalangan kanak-kanak.

COVID-19: Dakwaan lima remaja maut selepas divaksin, ini jawapan KKM
KKM telah menjalankan siasatan terhadap kenyataan seorang aktivis dalam satu video yang tular di media sosial yang mendakwa lima orang remaja meninggal dunia selepas menerima vaksin COVID-19.

Sambutan menggalakkan fasa dua vaksinasi remaja 13-15 tahun di Labuan
Seramai 4,108 pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dijadual mendapatkan vaksin di bawah program itu selama tiga hari berakhir petang ini.

Tiada kesan sampingan serius dialami remaja terima vaksin COVID-19
Setakat ini tidak ada sebarang laporan mengenai kesan sampingan serius dialami golongan remaja yang menerima suntikan itu.

Vaksinasi remaja di Perak babitkan 41 PPV - Exco
Program pemberian vaksin remaja telah bermula 20 September serentak seluruh daerah di Perak meliputi 41 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang membabitkan sekolah, kolej vokasional dan PPV Awam.