KUCHING: Sarawak menghentikan import babi, daging babi dan produk babi dari Sabah berkuat kuasa serta merta susulan berita melaporkan lapan daripada 13 sampel babi dari Pitas, Sabah diuji positif dengan jangkitan virus demam babi Afrika (ASF).
Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata sekatan itu dibuat di bawah Seksyen 8 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini beliau menasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah, atau negara-negara jiran.
"Mereka yang didapati melanggar arahan ini atau mengimport haiwan mahupun produk haiwan ini tanpa permit adalah melakukan kesalahan (di bawah Seksyen 8 Ordinan berkenaan) yang boleh membawa hukuman denda sehingga RM5,000 dan/atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan," katanya.
Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) juga akan mengetatkan langkah-langkah keselamatan bio dalam negeri terutama di bahagian Limbang, yang bersempadan dengan Sabah, di samping meningkatkan pengawasan penyakit ASF di seluruh Sarawak.
"JPVS juga akan meningkatkan kempen kesedaran dan langkah-langkah penguatkuasaan bagi memastikan virus itu tidak memasuki negeri. Sarawak masih bebas daripada jangkitan demam babi Afrika," katanya.
Uggah berkata JPVS telah menjalankan beberapa sesi libat urus dan kesedaran berhubung ASF dengan pemegang taruh yang berkaitan seperti penternak, pengimport, Malaysia Airport Holdings Berhad, dan juga lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan di Sarawak berhubung sekatan itu.
"JPVS akan terus menguatkuasakan Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999 bagi memastikan daging babi dan produk babi diimport dari negara-negara yang bebas ASF.
Pada masa ini, Sarawak mempunyai jumlah populasi 30,000 ekor 'sows' (babi betina dewasa) yang menghasilkan 455,000 ekor babi setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 22 2021

Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran. - Bernama
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Cuaca panas, kering: JPBN Sarawak akan bermesyuarat - Uggah
Mesyuarat itu akan memberi tumpuan perbincangan dan usaha pencegahan kejadian jerebu.

Muak, cukup-cukuplah projek sakit! - Uggah
Tegas Uggah, penting untuk semua pihak kini menyediakan program dan SOP untuk memastikan sifar projek sakit pada tahun-tahun akan datang.

Isi biji dabai sehebat pistachio dapat jadi produk baharu Sarawak
Sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak.

PRN Sarawak: Pertembungan tiga penjuru di DUN Bukit Saban
Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya, Charlie Keling mengumumkan nama-nama calon selepas Penamaan Calon tamat pada jam 10 pagi.

Sarawak sekat import babi, produk babi dari Sabah
Uggah nasihatkan orang ramai di Sarawak supaya tidak membeli atau membawa masuk babi serta produk babi dari Sabah atau negara-negara jiran.

Rabies: Laporkan jumlah anjing di premis - Uggah
Semua pemilik ladang di Sarawak perlu melaporkan jumlah keseluruhan anjing kepunyaan pekerja mereka, termasuk yang berkeliaran, di premis kediaman masing-masing.

Pelbagai skim pertanian bantu tingkat ekonomi rakyat luar bandar
Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan akan terus berusaha menambah pendapatan rakyat luar bandar dengan mengadakan pelbagai program pertanian serta rancangan e

Tujuh persetujuan dicapai dalam mesyuarat Petronas dan Sarawak
Tujuh persetujuan berhubung pengambilan lebih ramai anak tempatan Sarawak dalam Petronas dicapai secara baik dalam mesyuarat antara kerajaan negeri Sarawak dan Petronas di Pejabat Perdana Menteri.