KUCHING: Sarawak menafikan dakwaan kerajaan negeri menganiaya atau mendiskriminasi firma dari China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di negeri itu.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tanggapan itu timbul berikutan kontrak bagi pembinaan Jambatan Rambungan di Kuching yang dikendalikan syarikat China ditamatkan baru-baru ini.
"Sebuah firma dari China terlibat dalam pembinaan projek yang tertangguh ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak melawat tapak pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 serta Jambatan Batang Saribas 1 dan Jambatan Batang Saribas 2.
Turut sama dalam lawatan berkenaan Konsul Jeneral China di Kuching, Xing Weiping dan Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Chiew Chee Yau.
Menurut Uggah, kementeriannya objektif dalam menilai prestasi mana-mana kontraktor dalam projek negeri, selain memastikan kontraktor berkenaan bertanggungjawab menyiapkan projek mereka tepat pada masanya.
"Sebab itu, hari ini saya menjemput Konsul Jeneral Xing untuk turut serta dalam lawatan. Kita mahu tunjukkan kepada beliau taklimat mengenai kemajuan pelaksanaan projek.
"Sebenarnya, ketiga-tiga projek jambatan ini melibatkan kontraktor dari China. Kita juga telah maklumkan kepada beliau sekiranya mereka gagal menunjukkan prestasi diharapkan, ada masanya kita terpaksa menamatkan kontrak mereka seperti yang dilakukan dalam projek Jambatan Rambungan," katanya.
Sementara itu, Uggah berkata, beliau telah meminta tiga firma China yang terlibat dalam pembinaan projek Jambatan Batang Lupar 1, Saribas 1 dan Saribas 2 mempercepatkan pembinaan kerana sudah ketinggalan daripada jadual penyiapan mereka.
Beliau berkata, projek Jambatan Batang Lupar 1 yang menelan belanja RM848.75 juta dijangka siap pada November 2025 manakala projek Jambatan Saribas 1 dengan kos RM375.5 juta disasarkan siap pada April 2025.
"Berhubung projek Jambatan Saribas 2 pula, projek bernilai RM385 juta itu dijangka siap pada 1 Ogos 2025," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024

Uggah berkata, tanggapan itu timbul berikutan kontrak bagi pembinaan Jambatan Rambungan di Kuching yang dikendalikan syarikat China ditamatkan baru-baru ini. - Gambar Bernama
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

Sarawak tidak aniaya, diskriminasi firma China - Uggah
Sarawak nafi dakwaan kerajaan negeri menganiaya atau mendiskriminasi firma dari China yang terlibat dalam projek infrastruktur besar di negeri itu.