BUTTERWORTH: Seorang anggota polis marin mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan menerima suapan daripada seorang lelaki agar tidak mengambil tindakan ke atasnya mengikut Akta Perikanan 1985 antara tahun 2017 hingga 2019 ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, Pulau Pinang, pagi tadi.
Tertuduh, Sarjan Mejar Che Ani Ramli, 56 tahun yang masih bertugas di Markas Pasukan Polis Marin, Wilayah Satu, Batu Uban, Pulau Pinang membuat pengakuan tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Tertuduh ditahan pada 27 Februari lalu di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pulau Pinang mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh antara tahun 2017 hingga 2019 yang ketika itu bertugas dengan Pasukan Polis Marin Malaysia Negeri Pulau Pinang telah menerima wang rasuah keseluruhan berjumlah RM2,530 daripada pemilik syarikat perikanan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukan oleh syarikat perikanan berkenaan di bawah Akta Perikanan 1985.
Kesalahan pertama dilakukan pada 19 Mac 2017 di May Bank Cawangan Georgetown apabila tertuduh sebagai penjawat awam menerima wang RM100 melalui akaun banknya daripada Tan Hun Heng di mana lelaki terbabit mempunyai hubungan dengan pekerjaan rasminya.
Suapan itu sebagai syarat untuk tertuduh tidak mengambil tindakan penguatkuasaan mengikut Akta Perikanan 1985.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.
Kesalahan terakhir dilakukan pada 21 Jun 2019 di Agro Bank, Balik Pulau apabila tertuduh menerima wang RM100 daripada lelaki sama agar tidak mengambil tindakan mengikut akta sama.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Irwan Syafiq Nor Ridzuan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Noor Azura memohon tertuduh dikenakan jaminan RM10,000 bagi semua 21 pertuduhan selain syarat tambahan iaitu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali selain menyerahkan pasport kepada mahkmah.
Zulhazmi kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan tertuduh melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Zulfa Mohamad
Thu Jun 15 2023

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth, Pulau Pinang. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tentera Thai HIV positif rogol lebih 70 remaja lelaki akhirnya ditangkap
Tentera berpangkat Sarjan Mejar itu didakwa menggunakan platform media sosial Facebook dan aplikasi janji temu untuk memperdaya mangsa.