Sarjan Patrick Sandai sudah biasa menghadapi pelbagai cabaran dalam tugasnya sebagai anggota polis, namun kehilangan anjing seliaannya bernama Tho akibat sakit tua semalam, antara yang paling terkesan buat dirinya.
"Saya kehilangan rakan setugas pertama," kata anggota Unit Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu kerana anjing baka Labrador berusia 12 tahun lapan bulan tersebut adalah anjing pertama beliau sepanjang 20 tahun berkhidmat.
Patrick, 40, berkata beliau berada di sisi di Tho, di kandang Unit K9 di sini, semasa anjing itu disahkan mati pada 7.30 malam semalam kerana beliau tidak mahu meninggalkan Tho sendirian selepas merasakan keadaannya semakin teruk semasa datang bertugas pada sebelah pagi.
Tho lahir pada 30 Jan 2008 di China dan mula 'dipasangkan' dengan Patrick semasa berusia lapan bulan selepas Patrick yang bertugas sebagai pemandu di Unit K9 sebelum itu, diberi kepercayaan mengendalikan aset berkaki empat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.
"Kami berkursus di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur selama empat bulan untuk mencari keserasian. Banyak operasi di kelab malam, pelabuhan, lapangan terbang dan pelbagai lokasi lain telah kami sertai tanpa mengira waktu kerana Tho adalah anjing pengesan narkotik.
"Sepanjang bertugas, tidak pernah sekalipun Tho mengecewakan saya. Selain dilatih untuk sangat taat, Tho sebenarnya adalah anjing yang manja dan sering menggesel kaki saya untuk mengajak saya bermain jika merasakan saya kurang ceria pada hari tersebut," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Patrick berkata sebelum berpindah ke IPK Pahang pada 1 Jun 2018, mereka berdua bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Johor dan di sana, banyak terlibat dalam operasi membanteras penyeludupan dadah.
Anak jati Bintulu, Sarawak itu berkata kesihatan Tho mula merosot sejak tiga bulan lalu akibat usia tua, dan semakin teruk mulai minggu lalu apabila ia enggan makan dan kurang bergerak menyebabkan masanya banyak dihabiskan dalam kandang selain tidak lagi aktif bermain bersama anjing lain.
Keadaan itu menyebabkan Patrick perlu mendukung Tho semasa membawanya ke klinik veterinar pada Rabu lalu bagi menjalani pemeriksaan dan semasa itu, doktor telah memaklumkan bahawa peluang Tho untuk terus hidup adalah tipis.
"Walaupun doktor memberikan jangkaan selama seminggu untuk Tho, saya dapat merasakan semalam adalah hari terakhirnya kerana melihat ia baring sepanjang hari dan muntah setiap kali makan.
"Malah, ia tidak memberikan reaksi apabila saya memanggil namanya. Lazimnya Tho akan membuka mata dan mengoyangkan ekor... disebabkan itu, saya menghabiskan masa seharian bersamanya sehingga saya akhirnya sedar ia tidak lagi bernafas," katanya.
Kematian Tho yang dikongsikan dalam Facebook rasmi IPK Pahang juga mendapat reaksi netizen yang turut bersedih dengan pemergian Tho selain ada yang berterima kasih atas jasa anjing itu selama berkhidmat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 20 2020

Kehilangan anjing seliaannya bernama Tho akibat sakit tua semalam, antara yang paling terkesan buat Sarjan Patrick Sandai. - BERNAMA
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

Polis tahan lelaki warga Bangladesh khianat, pukul anjing
Polis Daerah Kulai mengesan video tular di media sosial yang dimuat naik pemilik akaun Instagram UPDATEINFO11 memaparkan kejadian khianat itu.

Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.

Putin nafi sengaja takutkan Merkel dengan anjingnya Koni
Anjing itu berjalan menghampiri Merkel, yang kelihatan jelas tidak selesa ketika duduk di sebelah Putin.

13,592 anjing, kucing di Sarawak divaksin cegah rabies
DVS telah memvaksin 13,592 ekor anjing dan 165 kucing bertuan di Sarawak bagi pencegahan jangkitan rabies untuk tempoh Januari hingga Oktober lepas.

Anjing diseret di belakang kereta: Polis terima laporan
Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang lelaki memandu kereta dengan mengikat seekor anjing di belakang kenderaan itu sebelum diseret dalam kejadian di Taman Sentosa pada Jumaat.

Zoo di China buat hal lagi, warnakan anjing menyerupai panda
Pengunjung zoo kebingungan selepas haiwan itu mula mempamerkan ciri seekor anjing, termasuk menyalak.

Patah tangan dan kaki angkara anjing
Kejadian kira-kira jam 7.55 malam itu berlaku ketika Mohd Ridzuan Zainudin dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Nenek meninggal dunia, terjatuh motosikal dikejar anjing
Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Dera haiwan: Masyarakat semakin prihatin, aduan meningkat
Masyarakat kini semakin prihatin mengenai kes penderaan terhadap haiwan yang menyaksikan aduan berhubung kes itu meningkat.