KOTA KINABALU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima wang suapan RM2,000 supaya tidak mengambil tindakan dalam kes melibatkan pengedaran dadah, tiga tahun lepas.
Sarjan Zakaria Mohd Jasni, 40, yang bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik PDRM daerah Kudat didakwa melakukan kesalahan itu di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd di Kudat pada 18 Jun 2021.
Zakaria didakwa secara rasuah cuba memperoleh untuk dirinya suatu suapan sebagai balasan untuk tidak melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal tertuduh iaitu tidak mengambil tindakan ke atas pengedaran dadah yang dijalankan oleh seorang individu di daerah itu.
Dia dituduh melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara suapan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Jason Juga menetapkan 4 Mac untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan, melapor diri di pejabat SPRM berdekatan dua bulan sekali, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mendekati saksi pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 05 2024

Sarjan Zakaria Mohd Jasni, 40, yang bertugas di Jabatan Siasatan Narkotik PDRM daerah Kudat didakwa melakukan kesalahan itu di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd di Kudat pada 18 Jun 2021. - Gambar hiasan

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Sarjan polis didakwa terima suapan RM2,000 kes edar dadah
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd di Kudat pada 18 Jun 2021.

Sarjan polis direman kali kedua, bantu siasatan satu lagi kes rogol
Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar tingkatan empat direman sekali.

Polis Thailand tembak mati suspek kes bunuh
Lelaki berusia 29 tahun itu mati ditembak di rumahnya kira-kira 4 pagi (waktu tempatan).

Sarjan polis didakwa minta, terima rasuah RM4,300
Tertuduh didakwa meminta suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang sedang disiasat.

Sarjan dituduh terima suapan RM2,000
Tertuduh yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat jenayah didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan pada 18 dan 19 September 2020.

Sarjan polis maut kemalangan ketika pulang selepas tamat tugas Ops COVID-19
Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Balai Polis Padang Rengas di sini maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas.

Balu sarjan tidak endah dua notis kosongkan kuarters - Ketua Polis Selangor
Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Feb 2015.