Sebahagian Anggota Parlimen hari ini mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang gagal menunaikan janjinya apabila sasaran pasukan negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 tidak menjadi kenyataan.
Perkara itu dibangkitkan Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan kemampuan pasukan bola sepak negara yang masih gagal mencapai sasaran berkenaan ketika pertandingan berprestij itu sedang berlangsung di Brazil.
Menjawab pertanyaan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu kerana sasaran terbabit diletakkan oleh FAM yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikannya sebagai kenyataan.
Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau yakin pasukan negara akan berupaya beraksi di Piala Dunia suatu masa nanti melalui program pembangunan bola sepak yang dilaksanakan kementeriannya, namun tidak mahu meletakkan sasaran khusus seperti FAM.
"Saya bukan Presiden FAM dan tidak boleh menjawab perkara ini, cuma kita berharap melalui pelan pembangunan bola sepak yang dilaksanakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kita akan layak ke Piala Dunia, namun tidak mahu meletakkan sasaran bila? Nanti saya kena jawab pula nanti, macam hari ini," katanya dalam persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Khairy berkata:"Melalui pelan pembagunan ini kita kena bermula semula dari awal. Kita sudah bincangkan sebelum ini saiz bukanlah halangan, contohnya pasukan kegemaran saya Argentina pagi tadi masih mampu mencipta kemenangan walaupun saiz pemainnya tidak begitu besar."
Katanya, masalah yang dihadapi negara sehingga masih belum berupaya melayakkan diri ke Piala Dunia adalah disebabkan tidak memberi tumpuan kepada aspek pembangunan bola sepak.
Malah beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden FAM menyedari bahawa peruntukan untuk tujuan pembangunan bola sepak cukup kecil, begitu juga persatuan negeri lebih memberi tumpuan kepada soal pembayaran gaji pemain senior.
Sementara itu menjawab mengenai pembangunan infrastrukrur sukan bagi tujuan Sukan Malaysia (Sukma) yang berlangsung di Perlis baru-baru ini, beliau berkata ia tidak akan dijadikan gajah putih sebaliknya akan digunakan bagi pembangunan sukan khususnya melatih bakat baharu.
Katanya, sehingga kini hanya Kelantan saja yang belum menganjurkan Sukma kerana negeri itu tidak pernah mengemukakan permohonan penganjuran sukan terbabit yang boleh dijadikan sebagai batu loncatan pembinaan infrastruktur sukan peringkat negeri.
Bernama
Mon Jun 16 2014
![Sasaran Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 dikritik di Dewan Rakyat Sasaran Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 dikritik di Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-06/61370413675_295x200.jpg)
Menjawab pertanyaan itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata beliau tidak mempunyai jawapan tentang perkara itu
![CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739273384_MCWMalaysiaCorrup.jpg)
CPI 2024: Perlu pembaharuan menyeluruh - MCW
Pembaharuan menyeluruh termasuk mempercepat agenda reformasi institusi, perlu dilaksanakan dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
![Inilah masanya - Klose Inilah masanya - Klose](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/61405048347_295x200.jpg)
Inilah masanya - Klose
Penyerang sensasi Jerman, Miroslav Klose percaya bahawa skuadnya memiliki kualiti untuk menebus kekalahan kepada Brazil pada final Piala Dunia 2002.
![10 gol terbaik Piala Dunia 2014 10 gol terbaik Piala Dunia 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41404889648_120x90.jpg)
10 gol terbaik Piala Dunia 2014
Sebanyak 167 gol setakat ini telah dijaringkan pada pusingan akhir Piala Dunia dan terdapat 10 gol terbaik sepanjang kejohanan ini.
![Kalah dengan Jerman, peminat carut Presiden Brazil Kalah dengan Jerman, peminat carut Presiden Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41404870574_295x200.jpg)
Kalah dengan Jerman, peminat carut Presiden Brazil
Peminat bolasepak Brazil meneriakkan kata-kata kesat kepada Presiden Dilma Rousseff selepas pasukan Jerman mendahului 5-0 sebelum tamat babak pertama perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2014.
![Klose pecah rekod gol Piala Dunia Klose pecah rekod gol Piala Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/41404869882_295x200.jpg)
Klose pecah rekod gol Piala Dunia
Penyerang Jerman Miroslav Klose berjaya mencapai matlamatnya untuk muncul sebagai penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia FIFA.
![Scolari minta maaf kepada rakyat Brazil Scolari minta maaf kepada rakyat Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/71404864578_295x200.jpg)
Scolari minta maaf kepada rakyat Brazil
Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meminta maaf kepada seluruh rakyat negaranya selepas pasukan tuan rumah itu dimalukan oleh Jerman.
![Tiada Neymar, tiada hal - Brazil Tiada Neymar, tiada hal - Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/61404544554_295x200.jpg)
Tiada Neymar, tiada hal - Brazil
Brazil mahu membuktikan kecederaan Neymar bukan kekangan kepada pasukan Amerika Selatan itu beraksi di perlawanan akhir nanti.
![Sikap David Luiz pujuk James Rodriguez dipuji Sikap David Luiz pujuk James Rodriguez dipuji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/51404780654_120x90.jpg)
Sikap David Luiz pujuk James Rodriguez dipuji
Agak tersentuh melihat gambar David Luiz memeluk bintang muda Colombia, James Rodriguez ketika menenangkan pemain itu selepas Brazil menewaskan Colombia 2-1 di peringkat suku akhir.
![Brazil mahu Zuniga dihukum Brazil mahu Zuniga dihukum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/51404640027_295x200.jpg)
Brazil mahu Zuniga dihukum
Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) menyeru pihak FIFA untuk memberi hukuman setimpal kepada bek-kanan Colombia Juan Camilo Zuniga.
![Pengalaman tidur di rumah Ronaldinho dengan sewa RM50 ribu semalam Pengalaman tidur di rumah Ronaldinho dengan sewa RM50 ribu semalam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/51404351899_295x200.jpg)
Pengalaman tidur di rumah Ronaldinho dengan sewa RM50 ribu semalam
Apabila tidak terpilih menyertai skuad Brazil bimbingan Luiz Felipe Scolari untuk Piala Dunia 2014, Ronaldinho tampil dengan cara tersendiri untuk menjana kewangannya di musim kejohanan besar itu.
![Piala Dunia: Perlawanan Brazil-Chile pecahkan rekod Twitter Piala Dunia: Perlawanan Brazil-Chile pecahkan rekod Twitter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/81404051488_295x200.jpg)
Piala Dunia: Perlawanan Brazil-Chile pecahkan rekod Twitter
Sejumlah 16.3 juta tweet dicatatkan ketika perlawanan Piala Dunia Brazil menentang Chile awal pagi tadi sekaligus memecah rekod sebagai jumlah tweet paling tinggi.