PETALING JAYA: Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Kemboja 2023, Datuk Mohd Nasir Ali mengingatkan persatuan sukan yang terlibat dengan temasya berkenaan untuk meletakkan sasaran pingat yang realistik.
Beliau berkata sasaran pingat yang diberikan kepada pihaknya perlulah sesuatu yang boleh dicapai berdasarkan prestasi semasa atlet, bukannya sasaran yang 'syok sendiri' atau sekadar untuk memuaskan mana-mana pihak.
Berikutan itu, beliau berkata satu perjumpaan khas akan diadakan dengan semua persatuan sukan yang terlibat dalam Sukan SEA pada pertengahan April, bagi menentukan jumlah sasaran pingat kontinjen Malaysia pada temasya yang bakal berlangsung di Phnom Penh bermula 5-17 Mei ini.
"Kita akan menentukan sasaran ketika mesyuarat itu, yang turut akan disertai oleh wakil persatuan sukan, Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara.
"Kita bertekad untuk memastikan pencapaian lebih baik daripada Hanoi, kerana ketika itu kita baru keluar daripada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), mungkin keadaan kurang selesa.
"Kita tidak boleh berada dalam zon selesa, kena berusaha. Kadang-kadang mereka mampu, tapi tiada semangat, jadi kena beri tekanan (untuk perbaiki pencapaian)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke pusat latihan skuad lari berhalangan di sini, pada Isnin.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dijangka menilai semula sasaran 10 emas yang diumumkan sebelum ini selepas pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi tidak dapat menyertai temasya kali ini.
"Memang kita dapat tahu Azeem tidak dapat balik dari Amerika Syarikat, manakala dalam kejohanan baru-baru ini, ada atlet yang tidak dapat menonjolkan masa yang lebih baik, tetapi kita masih meletakkan tumpuan," katanya.
Pada Sukan SEA 2021 Hanoi yang diadakan pada Mei lepas setelah ditangguh setahun kerana pandemik COVID-19, Malaysia sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam keseluruhan dengan kutipan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Sementara itu, beliau berkata Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan meneruskan ujian, terutamanya bagi sukan-sukan yang berisiko menjelang temasya itu.
Mengulas mengenai persediaan skuad lari berhalangan, beliau berharap pasukan yang bakal diwakili oleh empat atlet lelaki dan empat atlet wanita itu mampu membawa pulang sekurang-kurangya satu emas dari Kemboja selepas berjaya meraih tiga perak dan satu gangsa dari edisi 2019 Filipina.
"Sukan ini tidak dipertandingkan di Hanoi, sebelum itu mereka mampu memberi cabaran apabila kita kehilangan emas dalam perbezaan setengah saat sahaja. Jadi peluang untuk emas agak tinggi walaupun Filipina dijangka memberikan saingan sengit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Nasir berkata sasaran pingat yang diberikan kepada pihaknya perlulah sesuatu yang boleh dicapai berdasarkan prestasi semasa atlet. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Ziyad terlepas emas: 'Bukan masanya tuding jari kepada mana-mana pihak' - CDM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin menegaskan sekarang bukan masanya untuk menunding jari terhadap mana-mana pihak berhubung kontroversi melanda Muhammad Ziyad Zolkefli.

Paralimpik Tokyo 2020: Malaysia rayu keputusan lontar peluru F20 kepada IPC, WPA pada Rabu
Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada IPC dan WPA berhubung keputusan acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) pada Paralimpik Tokyo pada Rabu.

Sukan SEA: Hamidin terima lapan calon Timbalan CDM
Hamidin bakal memilih calon yang sesuai selepas mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Pemilihan temasya dwitahunan itu.

Kegagalan capai 70 emas Sukan SEA 2019 harus diterima semua pihak - Ketua Kontinjen
Pengurusan kontinjen negara akan membuat bedah siasat bagi mencari punca atlet negara gagal mencapai misi.

Dakwaan atlet Malaysia positif ujian doping tidak berasas - CDM
Laporan dua akhbar berbahasa Melayu itu berpounca daripada salah faham.

50 peratus atlet sudah dapat suntikan vaksin sebelum ke Sukan SEA Filipina - ISN
Pastikan semua atlet kebangsaan selesai jalani dua perkara itu sebelum ke temasya berkenaan yang berlangsung dari 30 Nov hingga 11 Dis ini.

MOM kaji semula kriteria pemilihan atlet untuk temasya sukan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meminda kriteria pemilihan atlet kebangsaan untuk mengambil bahagian dalam temasya sukan seperti Sukan Asia dan Sukan SEA bermula tahun ini.

Dua pingat gangsa ceriakan kontinjen negara
Amy Kwan merangkul gangsa dalam acara gimrama individu keseluruhan dengan mengumpul 51.500 mata manakala Muhamad Afiq mencipta rekod kebangsaan dalam acara 100m TT12 dengan catatan 11.28 saat.