KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyangkal sekeras-kerasnya laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) yang mendakwa kumpulan pelarian di dalam pusat tahanan Imigresen menerima layanan buruk sehingga mengakibatkan kematian.
Memberitahu Dewan Rakyat hari ini, Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bukan sahaja kematian, bahkan kesesakan juga tidak berlaku di 20 Depot Imigresen di seluruh negara seperti yang didakwa dalam laporan berkenaan.
Jelas beliau, susulan laporan tersebut, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah memanggil Jabatan Imigresen Malaysia untuk memberikan penjelasan.
"Begitu juga HRW ini diminta memberi keterangan. Saya difahamkan dalam keterangan itu ketika diminta pembuktian di mana penderaan berlaku, di mana kes kematian, di kem mana, Bekenu, Belantik, Semenyih, Pekan Nanas, di Tawau, Bidok? Di mana berlaku penderaan dan kematian berlaku seperti disebut?
"Satu cebis bukti pun tak dapat dikemukakan tetapi laporan telah mereka carah satu dunia. Ini hakikat yang saya kena bentangkan secara terus terang di dalam dewan ini," katanya pada waktu
Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Selasa.
Beliau menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang minta menyatakan laporan HRW yang mengkritik kerajaan menindas kumpulan pelarian di dalam pusat tahanan yang penuh sesak melebihi kapasiti dan wujud kematian dalam kalangan golongan rentan dan kanak-kanak.
Memperincikan lagi penjelasan, Saifuddin berkata, sehingga 7 Mac 2024, seramai 13,655 pelarian ditempatkan di 20 Depot Imigresen di seluruh negara berbanding jumlah kapasiti 20,650 orang.
Katanya, warga asing paling ramai yang ditahan di depot ialah warga Myanmar iaitu seramai 4,541 orang.
"Ia diikuti Indonesia (3,767); Filipina (2,914), Bangladesh (1,000); Thailand (329); dan lain-lain (1,054)," katanya.
Menurut Saifuddin, kumpulan yang berada di depot antaranya terdiri daripada mereka yang baru selesai menjalani hukuman penjara atas pelbagai kesalahan yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah di negara ini.
"Sementara tunggu untuk diusir, Jabatan Imigresen Malaysia kena berurusan dengan pejabat kedutaan asing supaya disediakan dokumen perjalanan. Lagi cepat dokumen perjalanan dikeluarkan, lagi cepat kita hantar mereka balik.
"Kedua, mereka yang ditangkap di bawah pelbagai kesalahan Akta Imigresen dan Akta pasport, boleh jadi terlebih tinggal, salah guna pas, boleh jadi juga Tak ada dokumen sama sekali.
"Jadi kita letak mereka di dalam untuk selesaikan siasatan dan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebelum mereka dituduh ataupun tidak. Jadi sementara proses itu berlaku, mereka kita letakkan di Depot Imigresen," jelas beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Tue Mar 12 2024

Menurut Saifuddin, tidak berlaku sebarang kesesakan di 20 Depot Imigresen di seluruh negara seperti yang didakwa dalam laporan Human Rights Watch (HRW). - Foto/Japen
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.

"Satu cebis bukti pun tak dapat dikemuka"- KDN nafi layanan buruk di pusat tahanan
Bukan sahaja kematian, bahkan kesesakan juga tidak berlaku di 20 Depot Imigresen di seluruh negara, jelas Saifuddin.