SHAH ALAM: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian melibatkan seorang lelaki warga tempatan yang disahkan rabies pada Isnin (4 April).
Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dalam kenyataan di Facebook rasmi JKNS memaklumkan mangsa yang berusia 40 tahun dan menetap di daerah Petaling itu, meninggal dunia di rumah pada 10 Mac lepas.
"Mendiang telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keputusan ujian makmal bag spesimen otak didapati positif virus rabies," katanya.
Dr Sha'ari berkata hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.
"Adalah dimaklumkan punca jangkitan masih dalam siasatan. Tiada gejala dan tanda penyakit rabies dilaporkan pada kes yang berlaku di Selangor ini," katanya.
Dr Sha'ari berkata berikutan kejadian kes tersebut, beberapa langkah pencegahan dan kawalan telah dijalankan secara bersepadu oleh JKNS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Petaling antaranya penangkapan anjing liar yang dijalankan di lokaliti terlibat bermula 7 April lalu.
"Spesimen haiwan yang ditangkap dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI)," katanya.
Dr Sha'ari berkata siasatan lapangan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Program Active Case Detection (ACD) dalam lingkungan radius satu kilometer dari rumah mendiang.
Katanya lagi, surat peka kepada semua fasiliti kesihatan awam dan swasta telah dikeluarkan bagi meningkatkan kesedaran dan pengesanan awal kes gigitan anjing atau haiwan liar oleh pengamal perubatan di Selangor.
"Selain itu, pelantikan dua hospital rujukan kes gigitan anjing di negeri ini iaitu Hospital Shah Alam dan Hospital Serdang. Ini bagi membolehkan penilaian risiko dan kategori luka bag pemberian vaksin rabies serta rawatan immunoglobulin rabies sekiranya perlu," katanya.
Susulan itu, Dr Sha'ari turut menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan apabila digigit oleh anjing atau haiwan liar iaitu segera membersihkan bahagian tubuh yang digigit atau dicakar dan mendapatkan rawatan.
"Segera laporkan kepada DVS Selangor atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah sekiranya peliharaan berubah tingkah laku termasuk menjadi agresif atau pihak PBT jika terdapat anjing atau haiwan liar yang berkeliaran di kawasan tempt tinggal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 10 2022

DR SHA'ARI: Mendiang telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan keputusan ujian makmal bag spesimen otak didapati positif virus rabies. -Gambar jknselangor.moh.gov.my

#GMWA24: Anna Jobling menang besar! Ucap terima kasih kepada peminat
Pelakon, Anna Jobling akui terkejut apabila dia sekali lagi dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2024 untuk tahun kedua.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.
FBM KLCI dijangka kekal antara 1,570 dan 1,600 minggu ini
Indeks utama Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam julat 1,570 hingga 1,600 minggu ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Keyakinan rakyat terhadap Maktab Tentera Diraja cukup tinggi - Timbalan Menteri
Adly Zahari berkata perkara tersebut dicerminkan berdasarkan kadar permohonan kemasukan yang menunjukkan peningkatan pada tahun 2024 dan 2025.

Laporan terkini cetus kebimbangan: Keselamatan kanak-kanak, stigma terhadap OKU
Menghebahkan dengan sensasi status OKU pelaku telah menyumbang kepada stereotaip yang memudaratkan komuniti OKU.

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

JKNS siasat dakwaan 'pengalaman ngeri' wanita bersalin di hospital kerajaan
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang menyiasat dakwaan pengalaman ngeri seorang wanita menjalani pembedahan bersalin di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.

Tiada wabak AGE dikesan di Penampang
Tiada wabak Gastroenteritis Akut (AGE) berlaku di Penampang walaupun terdapat kes penyakit itu dikesan di daerah tersebut, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna.

Isu bayi rampas: CSO tuntut ketelusan, akauntabiliti penyiasatan kes di Sabah
Gabungan itu dalam masa sama turut meminta supaya isu ini disiasat dengan kadar segera oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Cuaca panas: Orang ramai perlu ambil langkah pencegahan - Jabatan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah pencegahan.

Selangor lapor satu kes kluster ILI di sekolah berasrama penuh di Gombak
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan satu kejadian kluster 'Influenza-Like-Illness' (ILI) yang melibatkan sebuah sekolah berasrama penuh di daerah Gombak.

Beri maklumat lengkap semasa buat panggilan kecemasan - Pengarah Kesihatan Sabah
Orang awam diminta memberikan maklumat lengkap semasa membuat panggilan kecemasan agar pihak 'responder' di hospital di Sabah dapat bertindak dengan kadar yang munasabah.

Perkhidmatan dewan bedah di HQE ditunda ekoran gangguan elektrik
Pada masa ini, syarikat konsesi, Sedafiat masih berusaha untuk membaiki kabel elektrik yang rosak agar bekalan elektrik pulih seperti sedia kala.

Satu kematian disahkan rabies di Selangor pada 4 April - JKNS
Hasil siasatan dalam kalangan masyarakat setempat mendapati mendiang dilihat masih berjalan-jalan di sekitar kawasan perumahan dua hari sebelum meninggal.

Sediakan 255 PPV, sambutan vaksin COVID-19 kanak-kanak Sabah masih rendah
Sambutan ibu bapa terhadap pemberian vaksin kepada kanak-kanak masih rendah di Sabah meskipun sebanyak 255 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah pun dibuka di negeri itu.

Dr Ooi Choo Huck terima lantikan sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak baharu
Beliau menjawat jawatan itu pada 1 Mac yang lalu serta menggantikan pengarah terdahulu iaitu Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.