KUALA LUMPUR: Satu kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan di Malaysia dalam tempoh setiap 90 minit tahun lalu.
Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Kulanthayan K.C Mani berkata, peningkatannya sangat ketara terutama jika dibandingkan dengan musim pandemik malah ketika prapandemik.
Menurutnya, jumlah kemalangan jalan raya pada 2022 juga menggusarkan dengan 545,630 kes direkodkan sepanjang tahun tersebut.
“Ia satu situasi yang tidak begitu baik, kerana ada peningkatan jumlah kemalangan yang lebih tinggi dan angka kematian juga meningkat kepada 6,076 kematian.
“Ini dua angka yang kita seharusnya kurangkan… kita seharusnya melihat ini sebagai ‘traffic pandemic’. Terdapat pelbagai cara untuk mengurangkan angka ini.
“Dua cara yang paling efisien yang kita harap akan diambil ialah penggunaan pengangkutan awam lebih tinggi.
“Mana-mana negara pun kalau guna pengangkutan awam lebih tinggi, angka kemalangan akan turun dan angka kematian akan berkurang,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyertai program 7th United Nation Global Road Safety Week di Kuala Lumpur pada Selasa.
Selain itu, katanya, sekiranya semua kenderaan dapat mengurangkan halaju ketika berada di jalan raya, ia juga mampu mengurangkan kemalangan dan sekali gus, mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya.
“Ketika prapandemik, angkanya sebelum tahun 2017 memang tinggi tapi selepas itu semakin menurun.
“Tahun lepas meningkat dan sudah nampak trend kembali meningkat. Ini satu situasi yang kita dan semua pihak perlu kerjasama kurangkan jumlah kemalangan," katanya.
Ridauddin Daud
Tue May 23 2023
![Satu kematian setiap 90 minit akibat kemalangan jalan raya pada 2022 - Statistik Satu kematian setiap 90 minit akibat kemalangan jalan raya pada 2022 - Statistik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666262043_kemalanganLPTlela.jpg)
Sebanyak 545,630 kemalangan direkodkan sepanjang tahun lepas dengan 6,076 kematian di jalan raya. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738879165_TBJabaliya.jpg)
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
![Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698831714_GenericBaby.jpg)
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
![Populasi Semenanjung Gaza menurun 6 peratus pada 2024 - PCBS Populasi Semenanjung Gaza menurun 6 peratus pada 2024 - PCBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729599098_gaza.jpg)
Populasi Semenanjung Gaza menurun 6 peratus pada 2024 - PCBS
Dengan 98 peratus daripada angka korban itu berlaku di Semenanjung Gaza, ia menjadi jumlah kematian tertinggi dalam sejarah konflik Arab-Israel.
![Korban Gaza meningkat kepada 43,374 orang, 102,261 lagi cedera Korban Gaza meningkat kepada 43,374 orang, 102,261 lagi cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730303389_gaza.jpg)
Korban Gaza meningkat kepada 43,374 orang, 102,261 lagi cedera
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja, 33 rakyat Palestin telah terbunuh dan 156 lagi cedera.
![Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730461490_JakartaIndonesia.jpg)
Lapan maut, tiga cedera kilang minyak masak terbakar
Sekurang-kurangnya lapan maut manakala tiga lagi cedera dalam kebakaran besar sebuah kilang minyak masak di Bekasi Jakarta Indonesia pada Jumaat.
![Pasukan HADR Malaysia hantar bantuan untuk mangsa Taufan Trami di Filipina Pasukan HADR Malaysia hantar bantuan untuk mangsa Taufan Trami di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729867488_TBTRAMI.jpg)
Pasukan HADR Malaysia hantar bantuan untuk mangsa Taufan Trami di Filipina
Pasukan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) Malaysia telah menghantar bantuan ke Wilayah Bicol di selatan Luzon, Filipina, yang dilanda banjir teruk susulan Taufan Tropika Kristine (Trami).
![74 lagi rakyat Palestin terbunuh, korban Gaza kini meningkat kepada 42,792 74 lagi rakyat Palestin terbunuh, korban Gaza kini meningkat kepada 42,792](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723423598_GazaIsraelibombar.jpg)
74 lagi rakyat Palestin terbunuh, korban Gaza kini meningkat kepada 42,792
Serangan rejim zionis di seluruh Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lalu telah mengorbankan 74 rakyat Palestin dan mencederakan 130 yang lain.
![4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi 4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729410507_nahaspesawatdiPul.jpg)
4 terkorban nahas pesawat di Pulau Sulawesi
Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi pada Ahad mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.
![Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729395548_mayat.jpg)
Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
![Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728362090_TBGaza.jpg)
Sekurang-kurangnya 42,344 rakyat Palestin terbunuh dalam perang Israel di Gaza
Angka sebenar kematian dianggarkan jauh lebih tinggi, dengan ribuan mayat tertimbus dalam kemusnahan besar akibat serangan Israel.