KUALA TERENGGANU:Sebuah lagi sekolah di Terengganu ditutup selepas seorang pelajar disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Salim Ab Ghani ketika dihubungi Astro AWANI berkata sekolah yang terletak di daerah Dungun itu ditutup selama lapan hari bermula Khamis hingga 15 Oktober.
Beliau berkata penutupan sekolah tersebut adalah bagi mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan membolehkan kerja membasmi kuman dijalankan.
Penutupan Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail itu menyaksikan sebanyak empat buah sekolah telah ditutup di negeri ini sejak Jumaat.
Terdahulu sebanyak tiga buah sekolah di daerah Kuala Nerus ditutup sementara disusuli Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
Pada Selasa, bangunan pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Iman ditutup selama tiga hari hingga Khamis, manakala Mahkamah Syariah Kuala Terengganu dan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Terengganu turut mengambil tindakan yang sama bermula Rabu.
Nur Fazlizai Ali
Thu Oct 08 2020

Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail ditutup sementara susulan seorang pelajarnya didapati positif COVID-19. -Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

Hujan lebat jejaskan operasi penerbangan, sekolah ditutup di Mumbai
Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada Rabu malam.

Lebih 1,700 sekolah ditutup akibat banjir di Myanmar
Banjir berkenaan berpunca daripada peningkatan paras air sungai Ayeyarwady dan Chindwin.

Banjir: 10 sekolah di Sabah ditutup hari ini
Lebih 5,000 murid dan 307 guru terjejas, melibatkan enam sekolah di Penampang, dua di Tuaran, masing-masing satu di Papar dan Sipitang.

Banjir Terengganu: 22 sekolah ditutup
Sebanyak 22 sekolah di empat daerah di Terengganu terpaksa ditutup sementara susulan dilanda banjir selain dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS) pada Selasa.

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Amaran banjir di New Delhi: Sekolah ditutup, air minuman mungkin dicatu
Bandar dihuni 20 juta penduduk itu juga mungkin berdepan kekurangan air minuman berikutan penutupan beberapa loji rawatan.

Gangguan bekalan air: 85 sekolah di Manjung mohon cuti ganti
34 sekolah terjejas di Ayer Tawar, Sitiawan (19), seluruh Seri Manjung (18), seluruh Lekir ke Kayan dan Pangkor masing-masing lima serta Lumut empat sekolah.

Filipina tutup sementara sekolah, pejabat kerajaan di Manila bimbang risiko taufan
Penutupan meliputi wilayah Laguna, Rizal, Bulacan, Cavite, Zambales, dan Bataan di wilayah Luzon Tengah.

Sekolah ditutup, pejabat kerajaan 'separuh mati', Sri Lanka terus berunding dengan IMF
Ratusan ribu pengguna jalan raya masih tersadai di jalan raya untuk menunggu peluang mengisi petrol dan diesel.