WASHINGTON: Satu mayat ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa.
"Kami dengar satu mayat telah ditemukan, tetapi pencarian sedang dijalankan di tapak," kata Ahli Majis Bandar Baltimore Phylicia Porter sebagai berkata kepada CNN.
Pegawai berkata runtuhan itu berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa pada awal Selasa, menyebabkan ia melanggar struktur jambatan itu.
Perlanggaran itu menyebabkan beberapa individu dan kenderaan terhumban ke dalam sungai yang sejuk.
Usaha sedang dijalankan bagi mengesan enam mangsa yang masih hilang. Keenam-enam individu berkenaan dipercayai sebahagian daripada kru pembinaan, sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan jambatan itu apabila kemalangan berkenaan berlaku.
Terdahulu, dua mangsa dikeluarkan dari Sungai Patapsco, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, menurut pihak berkuasa tempatan.
"Ini adalah tragedi yang tidak dijangkakan,” kata Datuk Bandar Baltimore Brandon Scott. "Terlebih dahulu kita harus mendoakan kepada semua yang terlibat".
Dalam ucapan ringkas dari Rumah Putih pada Selasa, Presiden AS Joe Biden mahu kerajaan persekutuan membayar untuk pembinaan semula jambatan itu, yang dibuka kepada lalu lintas pada Mac 1977.
"Kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami di Kongres untuk memastikan negeri itu mendapat sokongan yang diperlukan," kata Biden.
Kira-kira 11.5 juta kenderaan menyeberangi Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.6km itu setiap tahun.
-- BERNAMA-XINHUA
Bernama
Wed Mar 27 2024
Runtuhan berlaku apabila sebuah kapal kontena besar mengalami kegagalan kuasa, menyebabkan ia melanggar struktur sebuah jambatan di Baltimore pada Selasa. - REUTERS
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.
Tujuh maut dalam nahas pesawat di Philadelphia
Nahas pesawat ambulans udara itu juga menyebabkan 19 mangsa lain mengalami kecederaan.
Ambulans udara terhempas di Philadelphia, beberapa mangsa dipercayai maut
Beberapa mangsa dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Jumaat di kawasan perumahan di bandar Philadelphia, Amerika Syarikat.
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
60 penumpang dikhuatiri maut dalam nahas Black Hawk-American Airlines
Ketua Bomba Washington, John Donnelly dalam sidang media pada Khamis memaklumkan, setakat ini 28 mayat telah ditemui.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.
Amerika Syarikat naikkan sasaran tahanan pendatang tanpa izin kepada 1,800 sehari - Laporan
Pentadbiran Trump menetapkan sasaran sekurang-kurangnya 1,800 tahanan sehari dengan setiap 25 pejabat ICE diwajibkan membuat sekurang-kurangnya 75 tangkapan.
Jet pejuang F-35 terhempas di Alaska, juruterbang selamat - Laporan
Sebuah jet pejuang F-35 milik Tentera Udara Amerika Syarikat terhempas pada Selasa di Pangkalan Tentera Udara Eielson, Alaska.
Boeing lapor kerugian besar pada suku keempat
Gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat Boeing Co, melaporkan kerugian yang semakin besar pada suku keempat berbanding tempoh yang sama tahun lalu.