Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan segera membantu petani di Perlis dan Kedah yang menghadapi masalah sawah kering, akibat musim kemarau yang melanda negeri terbabit.
Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata pihaknya sedia memberikan bantuan dan pertolongan, termasuk menyelaras kerja-kerja pengairan di Perlis bersama Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).
"Kita mengambil serius perkara ini dan akan mengadakan perbincangan bagi mengatasi masalah ini, termasuk mengurangkan kerenah birokrasi agar ia dapat segera diselesaikan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir (RTB) di Bintong dan Projek Tanaman Padi di Sempering dekat sini pada Khamis.
Salahuddin berkata pihaknya turut mengarahkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan kadar segera untuk mengeluarkan peruntukan, bagi membantu petani yang terjejas dengan membekalkan minyak petrol, bagi kerja-kerja mengepam air ke petak sawah.
Katanya pihak MoA juga akan melakukan kajian mengenai kerugian yang dialami petani, dan akan mengumumkan langkah dan bantuan yang sesuai, dalam masa terdekat agar dapat meringankan beban petani yang terjejas.
Sementara itu, Salahuddin berkata pihaknya bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membuat perancangan awal, bagi menghadapi masalah kemarau dua negeri tersebut dengan menyediakan peruntukan khas, bagi melakukan pembenihan awan, di kawasan pertanian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
"Kita diberi nasihat agar tidak melakukan pembenihan awan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia berikutan keadan awan yang tidak sesuai buat masa ini, dan kita akan tunggu masa yang sesuai, untuk menyelesaikan masalah dihadapi petani di kawasan MADA di Kedah dan Perlis," katanya.
"Diharapkan hujan akan turun dalam masa terdekat, bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi petani agar ianya tidak menjejaskan tanaman dan pendapatan mereka," katanya.
Media sebelum ini melaporkan petani di Perlis dan Kedah menghadapi masalah sawah kering, berikutan kemarau yang melanda utara semenanjung Malaysia, yang melibatkan kira-kira 100,000 hektar kawasan sawah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 02 2020
![Sawah kering: MOA akan segera bantu - Salahuddin Sawah kering: MOA akan segera bantu - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-01/71577979645_RTB.jpg)
Datuk Seri Salahuddin Ayub meninjau keadaan sawah kering akibat musim kemarau yang melanda Perlis dan Kedah ketika mengadakan lawatan kerja ke Projek Tebatan Banjir (RTB) di Bintong dan Projek Tanaman Padi di Sempering hari ini. - Foto BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739180923_TBtudm.jpg)
TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.
![Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739109227_HasbieMuda.jpg)
Impian Jani sekeluarga miliki rumah lebih selesa bakal jadi kenyataan
Mohd Hasbie telah berbincang dengan Pengarah ICU negeri untuk menyegerakan proses pembinaan rumah baharu di tapak rumah kayu yang didiami mereka.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
![Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalam belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
![PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739021344_NancyShukri.jpg)
PSSS platform bantuan, sokongan tanpa stigma - Nancy
Melalui PSSS, masyarakat boleh meluahkan masalah dan isu dihadapi mereka kepada kaunselor profesional dan berdaftar.
![Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738338644_banjir.jpg)
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
![Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Bantuan RM25 juta diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim amat diperlukan bagi membantu membaiki infrastruktur yang rosak dan musnah susulan banjir di Sabah.
![Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738228984_NancyShukri.jpg)
Bantuan banjir perlu menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana - Nancy
Perkara itu penting untuk memastikan kelancaran agensi pengurusan bencana dalam menyalurkan bantuan yang diperlukan.
![Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737068483_MokhzaniMahathir.jpg)
Bantuan kepada veteran permotoran ikut kemampuan MAM - Mokhzani
Keputusan mengenai bantuan itu bukan diputuskan seorang diri, tetapi perlu melalui beberapa proses termasuk perbincangan bersama barisan komuniti.
![Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674096052_MoF.jpg)
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih esok - MOF
Kadar bantuan ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar bakal menerima sejumlah RM2,100 bagi 2025 berbanding RM1,200 pada 2024.