HULU TERENGGANU:Sekalipun pahit untuk ditelan, namun, tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Mala (bukan nama sebenar) selain daripada menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.
Mala yang juga ibu kepada suspek tragedi berdarah pembunuhan remaja Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, Ahad lalu sudah habis kata-kata untuk menceritakan kesedihan yang bersarang di jiwa.
Seperti ibu lain, Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa, namun, dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar.
Ketika kunjungan Astro AWANI ke kediamannya hari ini, nyata riak wajahnya menyimpan seribu rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Cemuhan, sindiran serta lemparan kata-kata yang tidak sedap kendengaran di telinga mula diterima Mala sekeluarga.
Mengakui bukan mudah untuk menerima tekanan sedemikian rupa, namun ketenangan akan hadir setiap kali mengadu kepada Yang Maha Esa.
BACA: Perselisihan faham motif pembunuhan remaja perempuan, bekas rakan sekolah ditahan
Dalam situasi sekarang, apa yang mampu dilakukan Mala ialah menerima dengan lapang dada sebaik anak kesayangan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Apapun, kata Mala, dia telah redha sejak hari pertama lagi anaknya ditahan dan baginya biarlah pihak berkuasa dan neraca keadilan yang menentukan untung nasib anaknya itu.
Bagi ibu malang itu, tiada kewajipan untuk mempertahan pada setiap kesalahan oleh siapa sahaja, tetapi, naluri sebagai ibu, doa buat anaknya tidak pernah lekang dipanjatkan .
Jauh di sudut hati, Mala mengakui, kepada anak sulungnya itulah tempatnya selama ini bergantung harap dan mengadu nasib jika ada perkara yang perlu dikongsi.
“Selama ini dia dengar kata saya, sebab saya hidup serba kekurangan, tak pernah mengeluh. Kalau mengadu pun pada dia hanya mengenai kesusahan hidup yang kami lalui, maklumlah saya hanya tukang cuci sahaja.
“Dia hanya bercakap tak apalah ma, kakak (panggilan buat suspek) bela nasib kita nanti kalau kakak dapat kerja. Dia nak jadi cikgu. Dia anak baik... boleh kongsi masalah. Tapi sekarang ini saya serah kepada polis, tapi kak tetap berdoa,” kata Mala meluah perasaannya dalam wawancara dengan Astro AWANI.
Mala yang juga ibu kepada dua orang anak berkata, sepengetahuannya, Allahyarham Surya merupakan rakan baik anaknya, bahkan mereka amat menyayangi antara satu sama lainm.
Dalam perbualan yang sarat dengan kepiluan dan kekesalan ekoran kejadian itu, Mala berkata, sukar untuk dia membayangkan dengan apa yang berlaku pada nasib Allahyarham Siti Nur Surya.
Dan, jauh di sudut hati, Mala sememangnya menyimpan hasrat pada hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga Allahyarhan yang diakuinya sebagai keluarga yang baik pekerti mereka.
Bahkan, keperibadian Siti Nur Surya juga, kata Mala, amat disenanginya kerana Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapa serta menghormati orang tua.
“Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.
“Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.
“Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya),” ujar Mala dalam nada yang sangat sayu.
BACA: Bapa harap pembunuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal
Bercerita lanjut, Mala berkata, kemiskinan yang dilalui keluarganya itu menyebabkan anaknya terpaksa menolak beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kekangan kewangan.
Bagaimanapun, jelas Mala, anaknya itu tidak pernah merungut tentang kekurangan yang diharungi mereka selama ini.
“Pernah juga sampai ke tahap terpaksa tangguh bayar duit yuran sekolah dia kerana tidak ada duit. Nak buat macam mana,” ujar Mala.
Kenyataan ibu suspek itu turut diakui jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Beri, 52.
“ Dia (suspek) budak jenis jarang keluar rumah sebenarnya. Duduk di rumah saja kebiasaannya yang setakat saya taulah. Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku ini. Susah nak percaya," katanya lagi.
Sehubungan itu, Beri memohon kepada orang ramai agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya mengenai suspek dan keluarga kerana ia tidaklah seperti yang digambarkan.
Malah jika mengenali mereka sukar untuk percaya atau menerima apa yang berlaku itu disabitkan jirannya.
Ia berikutan banyak yang dilihatnya dakwaan yang keterlaluan dan tidak benar sama sekali perkara yang ditomah terhadap suspek dan keluarganya.
Pada Ahad, Siti Nur Surya dipercayai dibunuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman, dipercayai akibat senjata tajam, di beberapa bahagian badan, termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Polis percaya penahanan suspek yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembunuhan kejam itu.
Nur Fazlizai Ali
Thu Nov 05 2020

Seperti ibu lain, Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa, namun, dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar. - Gambar Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.