KUALA LUMPUR : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan kenyataan Lawyers for Liberty (LFL) yang kononnya beliau tidak menerima sebarang pandangan dan teguran berhubung isu Depot Tahanan Imigresen Kimanis, Sabah.
Sebaliknya, Saifuddin berkata, beliau merupakan seorang yang bersikap terbuka dengan teguran dan ketika ini semua pihak perlu bersikap adil terhadap dirinya yang baharu hari kelima masuk ke pejabat kementerian itu.
"Saya baru hari kelima masuk ke pejabat, sangat tidak adil mereka membuat 'judgement' (andaian), beri peluang untuk saya dengar semua taklimat. Saya seorang yang sangat terbuka menerima teguran dan pandangan. Siapa yang mengenali saya, mereka akan akui itu style (cara) kepimpinan saya.
"Jadi, saya nak sanggah Lawyers for Liberty (LFL), mereka harus tengok rekod saya yang lepas, jangan buat kesimpulan awal. Dia sendiri tidak pernah mohon nak jumpa saya, macam mana dia kata saya tak terima pandangan?" katanya pada sidang media sempena Lawatan Kerja Menteri Dalam Negeri Ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di Bukit Aman di sini pada Selasa.
BACA: KDN nafi tahanan di depoh Kimanis diberi layanan buruk
Sebelum ini, Pengarah LFL, Zaid Malek berkata bahawa tindakan Saifudin menafikan dakwaan tahanan di Depoh Imigresen Kimanis dilayan dengan teruk adalah tidak boleh diterima.
Justeru, Saifuddin mengingatkan LFL agar menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap dirinya.
"Jadi sekrang ini, sebagai menteri di peringkat awal, tentulah munasabah untuk kami mendengar taklimat. Adakah mendengar taklimat bermaksud kami menerima sepenuhnya tanpa sebarang reservation? Tentulah kami ada jangkaan yang akan kami bagi pandangan.
"Buat masa sekarang kami dengar pandangan termasuk dengan jabatan berkenaan dan akan diberi penambahbaikan. Takkanlah hari kelima masuk pejabat, LFL senang sebut begitu. Semak kenyataan anda. Itu bukan marah, saya tegur sahaja," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Tue Dec 13 2022
!['Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution 'Saya baru hari kelima masuk pejabat, tak adil mereka buat andaian' - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670918430_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin berkata, beliau merupakan seorang yang bersikap terbuka dengan teguran dan ketika ini semua pihak perlu bersikap adil terhadap dirinya yang baharu hari kelima masuk ke pejabat kementerian itu. - Foto Astro AWANI
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738561592_pintumasukpdrmbu.jpg)
Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.
![Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738559945_SaifuddinNasution.jpg)
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.
![Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.
![KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737544851_SaifuddinNasution.jpg)
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
![Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737448018_TBNASUTIONAISSE.jpg)
Penganjur perhimpunan diingatkan patuhi Akta Perhimpunan Aman - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri mengingatkan pihak penganjur perhimpunan di ibu negara pada Sabtu ini, agar mematuhi setiap peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman.
![Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737444379_TBAISSE.jpg)
Perkongsian perisikan untuk keamanan, keselamatan ASEAN penting - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri menekankan mengenai kepentingan perkongsian perisikan silang antara rakan serantau bagi mewujudkan zon penampan selamat di rantau ASEAN.
![AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737268986_SaifuddinNasution.jpg)
AiSSE'25: Negara akan ambil kelebihan pempamer, tingkat polisi keselamatan- Saifuddin
Negara akan mengambil setiap kelebihan daripada lebih 300 pempamer yang menyertai Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AiSSE'25) bermula 20 hingga 22 Januari ini.
![“Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution “Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736563245_SaifuddinNasution.jpg)
“Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution
Sekiranya siasatan mendapati ada asas, biarlah proses undang-undang mengambil tempat, kata Menteri Dalam Negeri itu.
![Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736158636_SaifuddinNasutionI.jpg)
Titah Adendum: Jabatan Penjara tidak terima perintah benar Najib jalani tahanan di rumah - Saifuddin
Beliau berkata pada 2 Feb tahun lepas, Jabatan Penjara hanya menerima minit mesyuarat dan perintah untuk melaksanakan keputusan mesyuarat lembaga tersebut yang diputuskan pada 29 Jan 2024.
![Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734235629_KongresNasionalKha.jpg)
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.