KUALA LUMPUR: Pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub ke rahmatullah malam tadi, bukan hanya membuatkan Hannah Yeoh kehilangan rakan sekerja yang berpekerti mulia.
Jauh lebih penting Allahyarham Salahuddin sudah seperti sahabat karib buat Menteri Belia dan Sukan itu.
Lalu, sebaik menerima mesej di aplikasi WhatsApp memaklumkan berita pemergian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, Hannah benar-benar tergamam.
“Saya masih tidak dapat menerima pemergian beliau yang amat mengejutkan ini. Saya berulang kali membaca semula mesej Whatsapp kami.
“Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya apabila melihat kerusi kosong beliau dalam mesyuarat Kabinet minggu ini. Berat sungguh hati ini membayangkannya,” luah Hannah dalam hantaran di akaun Facebook beliau hari ini.
Allahyarham Salahuddin, kata Hannah, berada di kedudukan paling istimewa di hatinya.
“Selalu saya beri tahu beliau yang saya tidak akan pernah lupa budi baik beliau kepada saya.
“Pernah sekali dalam Parlimen, mantan menteri membuat komen murahan semasa perbahasan saya. Salahuddin-lah yang kemudiannya mempertahankan saya dalam ucapan beliau.
“Dalam politik, sesuatu yang tidak ternilai harganya apabila melihat rakan Ahli Parlimen bangun berdiri mempertahankan anda. Hansard telah membuktikan nilai persahabatan kami,” ujar Hannah lagi.
Bukan itu sahaja, bahkan, cerita Hannah, ketika melancarkan buku Becoming Hannah yang digunakan pihak lawan sebagai senjata politik untuk menyerangnya, Allahyarham Salahuddin antara yang bangun mempertahankannya.
“Bila mana warna kulit, kaum dan agama menjadi modal politik bagi sesetengah ahli politik untuk memecah belahkan rakyat, saya bersyukur kepada Tuhan kerana mempunyai sahabat seperti Salahuddin.
“Buat rakyat Malaysia, hari ini, semakin sukar untuk memperoleh erti persahabatan yang tulen dan yang mampu mengubah hidup melangkaui bangsa, agama dan fahaman politik dan bahkan generasi anda sendiri.
“Melalui Salahuddin, saya merasai kebaikan dan ketentuan Tuhan. Salahuddin memahami cinta dan keyakinan saya kepada Yang Maha Esa. Tuhan benar-benar mengurniakan saya seorang sahabat sejati.
“Saya tak mampu mengungkapkan kata-kata supaya anda berehat wahai sahabat,
“Saya belum bersedia melepaskan anda pergi. Saya benar-benar belum bersedia,” luah Hannah lagi.
Dalam catatan itu juga, Hannah bercerita bagaimana Allahyarham sangat dikenali sebagai seorang menteri yang sentiasa bekerja keras.
“Buat semua rakyat Malaysia, saya bersaksi bahawa Salahuddin tidak pernah sesekali mempersiakan setiap saat yang kalian mandatkan kepada beliau di Putrajaya. Beliau bekerja keras sehingga akhir hari Jumaat.”
Berkat dedikasi dan komitmen Salahuddin pada ‘Program Rahmah’ dirintis Allahyarham, kata Hannah, telah memberi kesan kepada rakyat sejak hari pertama ia dilancarkan.
Menurut Hannah juga, Program Rahmah bukan sekadar program, sebaliknya, inisiatif itu mahu dijadikan Allahyarham sebagai sistem nilai - para peniaga saling tolong menolong mereka yang memerlukan agar tiada siapa lagi yang kelaparan dalam negara ini.
Allahyarham Salahuddin menghembuskan nafas terakhir di di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada pukul 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Beliau yang berusia 61 tahun meninggalkan seorang balu dan enam orang cahaya mata.
Astro Awani
Mon Jul 24 2023

Allahyarham Salahuddin Ayub, kata Hannah Yeoh, berada di kedudukan paling istimewa di hatinya. - Gambar Facebook HANNAH YEOH
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.