Persetujuannya untuk bertanding bagi jawatan itu adalah untuk memenuhi kehendak peringkat akar umbi parti itu dan bukan berhasrat menentang penyandangnya Mohamad Sabu, kata calon bagi jawatan timbalan presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar).
Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, tindakannnya itu juga tidak boleh disifatkan sebagai pertembungan antara calon ulama dan profesional.
Beliau sebaliknya berpendapat siapa sahaja yang menang mempunyai tanggungjawab besar mengembalikan semula kepercayaan bangsa Melayu terhadap parti itu yang merosot pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Kini terpulang kepada perwakilan...saya tawarkan (diri) untuk mereka membuat pilihan," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari Ahad.
Mohd Amar turut menafikan beliau tidak mempunyai kekuatan di peringkat pusat apatah lagi pernah tewas sebanyak dua kali bagi jawatan naib presiden yang ditandinginya sebelum ini.
Katanya, yang paling penting jika beliau menang adalah untuk membantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi mengembalikan semula kepercayaan bangsa Melayu yang banyak menolak PAS pada PRU13.
"Undi Melayu Islam dah banyak lari dan PAS jika berterusan begini tidak akan mampu untuk menggantikan tempat Umno. Kita mahu tahu dan mengatasi kenapa bangsa Melayu menolak PAS.
"Malah kekuatan PAS dalam Pakatan Rakyat tidak seperti kekuatan rakan yang lain (DAP dan PKR) dan kerana inilah antara faktor kenapa saya menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan ini," katanya.
Ditanya mengenai corak kempen yang akan dilakukannya sehingga Muktamar PAS pada 22 Nov ini, Mohd Amar berkata beliau tidak akan berkempen sama sekali sebaliknya yakin ia adalah kuasa perwakilan untuk membuat pilihan.
Mengenai pandangannya terhadap beberapa komen Pengerusi DAP Karpal Singh, Mohd Amar hanya berkata Karpal sebenarnya hanya merupakan "suara-suara ganjil" dalam pakatan pembangkang.
"Biarlah Karpal Singh untuk berkata apa sahaja. Dia bercakap bukan mewakili DAP pun dan itu adalah pandangan dia sahaja. Biarlah begitu sahaja," katanya.
Karpal dilihat banyak menimbulkan isu dalam gabungan pembangkang itu. Terbaharu beliau mencadangkan pihak berwajib membatalkan pertubuhan yang berteraskan agama dan kaum di negara ini.
Mengenai konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik dalam Pakatan Pembangkang) yang menjadi polemik dalam parti itu, Mohd Amar berkata beliau bersetuju agar konsep itu diperbaiki demi kekuatan pembangkang.
"Konsep ini telah diputuskan di peringkat Muktamar dan bagi saya ia perlu untuk ditambah baik dan bukannya difahami sesetengah pihak agar PAS keluar dari pakatan ini," katanya.
Bernama
Mon Nov 11 2013


Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.
AWANI 7:45 [23/2/2025] – Reman Tiga Dan Lima Hari | Tekanan Darah Turun Dan Naik | SPRM Bebas Ambil Tindakan | 48,329 Kematian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- SPRM tahan empat pegawai Ismail Sabri, termasuk dua bergelar Datuk
- Ismail Sabri masih dalam pemantauan rapi.
- PM nafi dakwaan dendam, tidak campur urusan SPRM
- Kematian penduduk Palestin meningkat walaupun tempoh gencatan senjata
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Mobile Legend Bang Bang diperkenal di Sukan Asia 2026
Sukan Asia bakal berlangsung di Nachi-Nagoya, Jepun dari 19 September hingga 4 Oktober 2026.

Vikneswaran pertahan jawatan Presiden KLHA
Vikneswaran berkata beliau akan memberi fokus kepada membangunkan akar umbi sukan hoki negeri.

Lebih 400 pekerja USAID diberhentikan beberapa hari kebelakangan ini - Laporan
Ramai daripada mereka yang diberhentikan telah berkhidmat di USAID selama 25 tahun dan mempunyai pengalaman di zon konflik bersenjata.

Estonia umum bantuan ketenteraan AS$104 juta untuk Ukraine
Kerajaan Estonia membuat keputusan untuk membeli 10,000 peluru artileri dan menghantarnya ke Ukraine secepat mungkin.
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.

Rai 100 tahun penganjuran, MAHA terus pacu sektor pertanian - Mohamad Sabu
Pempamer dari 16 negara akan menyertai Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 bermula 11 hingga 22 Sept ini.

‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu
Mohamad memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan.

Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Kerajaan Perpaduan tidak akan bertukar selepas PRU16 - Mat Sabu
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16.

Bekalan beras: KPKM telah bincang dengan wakil kerajaan India - Mat Sabu
Beliau berkata melalui pertemuan itu kerajaan India akan menjawab surat (perbincangan) itu minggu depan.

'Fatwa' Pas, Hadi Awang berubah setiap pilihan raya - Mohamad Sabu
Dakwaan kononnya Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud juga hanyalah alasan yang sengaja direka.

PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Anak Mat Sabu kekal bebas kes dadah
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan perayu (pendakwaan) bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah ketika membuat keputusan melepas dan membebaskan responden.