JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang dibelenggu masalah kesihatan menyifatkan kejayaan meraih pingat emas dalam acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Piala Negara-Negara UCI di Australia pada Sabtu sebagai sesuatu yang tidak pernah terbayang di benak fikirannya.
Malah beliau yang perlu mengambil ubat perikarditis (keradangan jantung) menyifatkan ia sebagai 'kerja gila' kerana mengambil risiko biarpun masih mengalami kesakitan, namun demi negara tercinta beliau tekad meneruskan perlumbaan untuk memburu mata ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pelumba berusia 36 tahun itu turut mendedahkan bahawa dia hadir dalam perlumbaan tersebut bukan dengan prestasi terbaik selain berdepan beberapa perkara lain yang terpaksa ditempuh sebelum terbang ke Adelaide dari Kuala Lumpur.
“Saya buat kerja gila. Saya ambil risiko sekali lagi demi negara tercinta. 'John, I still want to go to Adelaide and we will see how it goes there' saya telefon John Beasley di Malaysia.
“Percaturan saya, kalau tak menang pun, at least dapat tempat tercorot pun masih memberikan sedikit mata bagi mengimbangi kutipan mata saya.
“Janji saya pada isteri, kalau saya terasa sakit yang melampau dan berasa keterlaluan saya akan terus berhenti, tidak kisahlah walaupun ketika perlumbaan,” catat beliau menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Dalam saingan akhir itu Azizulhasni yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman tampak bersahaja apabila kayuhannya mengatasi dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota, masing-masing di tempat kedua serta ketiga.
Pelumba yang berasal dari Terengganu itu melepasi garisan penamat dengan catatan 9.910 saat dalam acara yang berlangsung di Adelaide Super-Drome.
Azizulhasni turut mengimbas detik cemas sebelum 'terbang' ke Australia termasuk mengalami sesak nafas dan sakit dada.
“Saya terbang ke sini untuk menyertai pertandingan tempatan dengan pelumba-pelumba Australia sebagai pemanas badan.
“Selepas perlumbaan terakhir saya mengalami sesak nafas dan sakit dada. Ditambah dengan seperti hendak pitam dan penat yang teramat. Apabila pulang ke Melbourne, saya menceritakan apa yang berlaku kepada isteri dan terus beliau menghubungi doktor kami.
“Atas nasihat beliau saya terus ke wad kecemasan di hospital berdekatan. Selepas enam jam di wad kecemasan, doktor diagnosed yang saya mengalami ‘Pericarditis’,” katanya.
Beliau juga menjelaskan telah dijangkiti virus ketika pulang ke Malaysia pada awal Disember tahun lalu yang menyebabkan badannya berasa lemah.
“Awal Disember 2023 lalu saya ada pulang ke Malaysia sekejap. Sehari sebelum saya terbang pulang ke Melbourne saya telah dijangkiti virus. Saya berasa longlai gemalai tanpa ada demam dan batuk.
“Di Melbourne pun dalam dua minggu saya masih rasa lemah dan lesu sangat. Dalam keadaan macam tu saya sertai dua kejohanan tempatan dan rasa prestasi saya seperti 50 peratus.
“Seperti saya tak cukup latihan walaupun saya kekal konsisten dan disiplin dengan rutin latihan setiap hari. Selepas membuat ujian darah barulah doktor mendapati badan saya tengah melawan virus,” katanya.
Azizulhasni tidak mempunyai pilihan untuk berehat kerana perlu meneruskan latihan dan wajar kekal beraksi dengan cemerlang untuk musim tahun ini bagi mengekalkan ranking serta mendapat mata yang selesa untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
“Sehinggalah saya menyertai perlumbaan pemanas badan di Adelaide tu, barulah gejala semakin jelas. Saya mendapat jawapan dari hospital yang menasihatkan untuk berehat selama empat hingga enam minggu.
“Saya juga dinasihatkan oleh pelbagai pihak untuk tidak meneruskan latihan apatah lagi menyertai pertandingan besar. Saya runsing. Tanggungjawab saya untuk negara amat besar Kalau tak training nanti performance drop.
“Nak dapat balik bukan senang, mahu sembelit dibuatnya. Kalau tak bertanding pula, takut merencatkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik. Parah. Berhari-hari saya tidur tak lena, mandi tak basah. Nasib baik ada isteri tersayang dan anak-anak yang menjadi penenang ketika resah,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Astro Arena
Mon Feb 05 2024

Azizulhasni mengungguli acara keirin UCI di Adelaide pada Sabtu.- Foto EPA via Snar Harian
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.